Tadau Kaamatan 2009

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tadau Kaamatan 2009 merupakan Majlis Rumah Terbuka Malaysia yang diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu,Sabah,Malaysia. Pesta ini diadakan pada hari Ahad, 7 Jun 2009 sebelah malam.Pesta Kaamatan dirayakan oleh masyarakat Kadazandusun dan Murut sebagai tanda kesyukuran kerana kejayaan memperoleh hasil tuaian padi yang lumayan.

Antara tetamu kehormat ialah Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Lain-lain ialah Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Ahmadshah Abdullah dan isteri Toh Puan Hajjah Dayang Masuyah Awang Japar. Ia hasil usaha dan anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Kerajaan Sabah.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]