Taeyeon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kim Tae-yeon
Latar belakang
Nama lahir 김태연
Juga dikenali sebagai Taeyeon
Kelahiran 9 Mac 1989 (25 tahun)[1]
Jeonju, North Jeolla, Korea Selatan
Berasal dari Seoul, Korea Selatan
Genre K-Pop, R&B, pop tarian
Pekerjaan penyanyi, penari, penyampai radio, pelakon suara latar, model, pelakon, pengacara TV
Instrumen vokal, gitar[2][3]
Tahun aktif 2007 – kini
Label S.M. Entertainment
Kegiatan berkait Girls' Generation, SM Town, TTS, SM The Ballad
Laman web SM Town (Girls' Generation)


Nama Korea
Hangul 김태연
Hanja
Perumian Semakan Gim Tae-yeon
McCune–Reischauer Kim T'aeyŏn

Kim Tae-yeon (Hangul: 김태연; Dilahirkan pada sembilan Mac 1989) atau dikenali sebagai [[[Taeyeon]] adalah ketua pemimpin Girls' Generation. Selain ketua ,posisinya di group tersebut adalah sebagai ketua vokalis pertama .Taeyeon mempunyai golongan jenis darah O .Taeyeon memiliki berat badan 45 kg dan tinggi badan 163 cm pada 2014. [4]

Fakta[sunting | sunting sumber]

FAKTA tentang Taeyeon

-Nama panggilan Taeyeon di Girls' Generation ialah Ge Snack,Taetae,Taengoo,Taeng,Byuntae,Kid leader dan Little child.

-Anak ke-dua daripada tiga adik beradik

-Pernah memenangi tempat pertama Penyanyi terbaik dan Anugerah Utama dalam Peraduan Terbaik Tahunan ke-8 SM Entertainment 2004

-Taeyeon merupakan member pertama yang melakukan solo

-Taeyeon dapat tidur dalam pelbagai posisi walaupun dalam keadaan posisi yoga dan sebagainya

-Digelar member pemotong buah dan sayur

-Taeyeon adalah member yang pandai bermain gitar

-Taeyeon kata, jika dia ada anak suatu hari nanti , dia tidak ingin anaknya menjadi penyanyi seperti dia

-Ideal type taeyeon adalah lelaki yang selalu mengambil berat,memahami,lucu dan baik hati.

-lagu kesukaan Taeyeon di SNSD ialah Merry Go-Round

-Taeyeon sangat rapat dengan Tiffany

Riwayat[sunting | sunting sumber]

Taeyeon telah dilahirkan di Korea Selatan pada sembilan hari bulan tiga tahun 1989. Dia adalah anak ke-2 daripada tiga beradik, dengan seorang abang dan adik perempuan. Terlatih dalam menyanyi dan menari, bakatnya telah dikesan dalam Peraduan Terbaik Tahunan ke-8 SM Entertaintment 2004 memenangi Tempat Pertama Penyanyi Terbaik & Anugerah Utama.[5][6] Tahun 2004, Taeyeon telah tampil di dalam lagu The One "You Bring Me Joy" sebelum debut sebagai ketua Girls' Generation.[7] Dia adalah lepasan Sekolah Tinggi Seni Jeonju dan diberi "Anugerah Pencapaian Seumur hidup" oleh pihak sekolah.[8]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Nyanyian[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Girls' Generation

Solo[sunting | sunting sumber]

Taeyeon telah banyak menyumbangkan suaranya sebagai artis solo menyanyikan lagu tema siri drama Hong Gil Dong yang bersiaran di saluran KBS2 iaitu "만약에" (Manyage/Jikalau), juga lagu "들리나요" (Deullinayo/Dengarkah) sebahagian daripada runut bunyi siri drama "Beethoven Virus". "Jikalau" menjadi terkenal di pelbagai carta internet, pada masa yang sama "Baby Baby" dilancarkan,[9] sementara "Dengarkah" menerima anugerah Popular YEPP di Anugerah Cakera Emas 2008.[10]

Taeyeon juga berduet dengan Sunny iaitu salah seorang rakannya di dalam kumpulan Girls' Generation menyanyikan "사랑인걸요" (Sarang In Geol Yo/Inilah Cinta) untuk drama "맨땅에 헤딩" (MenDdange Haeding/Heading ke Tanah), dan "S.E.O.U.L" bersama ahli Super Junior dan Girls' Generation untuk memperkenalkan negara mereka. Dia juga menyanyikan lagu "Cabi" untuk Caribbean Bay iaitu taman tema air di Korea Selatan bersama Jessica, Seohyeon, Tiffany dan Sunny bersama kumpulan 2PM.

Dengan mentornya The One, Taeyeon menyanyikan "별처럼" (Byeol Cheoreom/Bagai Bintang) yang dilancarkan pada 17 November 2010.[11]

Dia juga menyanyikan runut bunyi siri drama "아테나: 전쟁의 여신" (Atena:JeonJengie YeoShin/Athena: Dewi Perang)" dengan lagu "사랑해요" (Saranghaeyo/Aku Menyintaimu) yang dilancarkan pada 13 Disember 2010. Lagu ini mendapat tempat pertama di beberapa carta.

Taeyeon berduet dengan penyanyi Kim Bum Soo untuk lagu "달라" (Dalla/Lain) yang diterbitkan untuk album "Solista.Part 2" Kim Bum Soo. Lagu ini juga mendapat tempat pertama di beberapa carta.

Taeyeon tampil di album Eternity kepunyaan Kangta menyanyikan 7989.

Lakonan[sunting | sunting sumber]

Pada tujuh Mei 2010, Taeyeon telah muncul sebagai pelakon muzikal memainkan peranan utama pementasan muzikal "태양의 노래" (Taeyangie Norae/Dendang Mentari)[12] yang berdasarkan Novel Jepun "紅の歌 (くれないのうた)" (Taiyou no Uta) tulisan Aya Denkawa[13][14] Muzikal ini mengisahkan perihal Kaoru Amane gadis 17 tahun yang menghidapi Xeroderma Pigmentosum yang menyebabkan dia terhalang untuk keluar rumah dikala siang. Dia menyimpan harapannya dengan menulis lagu dan menyanyi tiap malam di stesen kereta api. Taeyeon menerima liputan yang bagus untuk persembahannya.[15] Tambahan pula Taeyeon belajar bermain gitar untuk persembahan muzikalnya.[6]

Taeyeon bersama Seohyeon, rakannya dalam Girls' Generation telah dilamar sebagai pelakon suara untuk wayang animasi 3D Despicable Me alih suara bahasa Korea. Taeyeon mengambil watak Margo, manakala Seohyeon pula Edith, adiknya si Margo. [16]

TV[sunting | sunting sumber]

Taeyeon tampil di rancangan realiti-anekaragam "우리 결혼했어요" (Kami Sudah Berkahwin) terbitan Perbadanan Penyiaran Munhwa (Munhwa Broadcasting Corporation(MBC)) sebagai sebahagian daripada giliran pasangan ke-3 dengan ahli komedi Jeong Hyeong Don. Berita yang diumumkan pada tujuh Januari 2009 ini menyebabkan kekecohan di kalangan warga maya disebabkan beza umur sejauh 11 tahun di antara Taeyeon dan Hyeong Don.[17]

Taeyeon juga mengacarakan rancangan bual-bicara kelolaan pelakon Kim Seungwoo "승승장구" (SeunSeungJangGu) siaran KBS bersama-sama Wooyoung 2PM, Choi Hwajung, pelawak Kim Shinyoung dan Kim Seungwoo sendiri.[18]

Bersama-sama ahli Girls' Generation yang lain, iaitu Tiffany dan Seohyeon, Taeyeon mengacara rancangan "쇼! 음악중심" (Syo! Eumag Jungshim/Show! Teras Muzik)[19] kepunyaan MBC bermula 11 Februari 2012.[20][21]

Taeyeon menjadi pengacara "Anugerah K-Pop Carta Gaon Julung" bersama Joo Yeonghun pada 22 haribulan dua 2012[22] dan juga untuk " Gelombang Muzik Korea 2012 di Bangkok" yang berlangsung pada tujuh haribulan empat 2012 bersama Tiffany dan Nickkhun.[23] Semasa mengacara rancangan "Anugerah K-Pop Carta Gaon Julung", Taeyeon mengalami kecederaan ibu jari kaki. Kukunya telah tertanggal dan dia tidak mampu menerima anugerah bersama rakan Girls' Generationnya.[24]

Radio[sunting | sunting sumber]

Taeyeon menjadi DJ di radio "MBC FM4U 친한친구" (Chinhan Chingu/Kawan Rapat) yang dikendalikannya bersama Kangin Super Junior sebelum Kangin pergi pada 19 April 2009. Selepas itu, Taeyeon mengacarakan "Chinhan Chingu" keseorangan.[25] Disebabkan aktiviti di Jepun, Taeyeon telah berhenti daripada kerjaya DJnya pada 26 April 2010.[26]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Jenis Keterangan Senarai Runut
OST Siri TV Hong Gil Dong
  • Tarikh : 23.01.2008
  • Label : Penyiaran Korea KBS
  • 2. 만약에 (Jikalau)
OST Beethoven Virus
  • Tarikh : 17.09.2008
  • Label : KC Entertainment
  • 7. 들리나요... (Dengarkah)
OST 맨땅에 헤딩 (Heading Ke Tanah)
  • Tarikh : 23.09.2009
  • Label : KT Music
  • 2. 사랑인걸요 (Inilah Cinta) (bersama Sunny)
Single Digital 별처럼 (Bagai Bintang)
  • Tarikh : 17.11.2010
  • Label : Neowiz Internet
  • 1. 별처럼 (bersama The One)
  • 2. 별처럼 (Inst.)
OST Siri TV Athena
  • 1. 사랑해요 (I Love You)
  • 2. 사랑해요 (I Love You) (Inst.)
Single Digital 달라 (Lain)
OST The King 2 Hearts OST Part 1
  • 1. 미치게 보고 싶은 (Serasa Gila Ingin Bertemu)

Penampilan sebelum debut[sunting | sunting sumber]

  • The One - Album ke-2 (Dilancarkan pada Ogos 2004)
    • 9. You Bring Me Joy (Part. 2) (Feat. Taeyeon)

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Awards Catatan Keputusan
2004 Peraduan Terbaik Tahunan ke-8 Tempat Pertama Penyanyi Terbaik & Anugerah Utama Menang
2008 Cyworld Lagu Bulan Ini: Februari "Jikalau" Menang[27]
Anugerah Muzik Mnet 2008 – OST Terbaik "Jikalau" Dicalonkan
Anugerah 20 Pilihan Mnet ke-2 Hot DJ Menang[28]
Anugerah Cakera Emas ke-23 Anugerah Populariti Yepp untuk "들리나요" (Dengarkah) Menang[29]
2009 Penerbitan Program "Radio Kawan Rapat (친한친구)" Menang
Anugerah Drama MBC 2009 [Anugerah Pendatang Baru Radio] "Radio Kawan Rapat (ChinChin)" Menang[30]
2010 Anugerah Seni Hiburan Republik Korea ke-16 Anugerah Radio Wanita Menang[31]
Yahoo Buzz! Award's Top Buzz Star:Kategori Wanita Taeyeon Dicalonkan[32]
2011 Anugerah Muzikal ke-5 Pendatang Baru Terbaik Dicalonkan[33]
Anugerah Muzik Mnet 2011 – OST Terbaik "사랑해요 (Aku Menyintaimu)" Dicalonkan[34]
Anugerah Muzik Mnet 2011 – Lagu Tahun Ini "사랑해요 (Aku Menyintaimu)" Dicalonkan[35]
Anugerah Muzik Melon 2011 – OST Terbaik "사랑해요 (Aku Menyintaimu)" Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Taeyeon's Naver Profile Naver.com (March 26, 2014). Retrieved on July 31, 2014.
  2. Nota: Taeyeon bermain gitar dalam persembahan muzikal Midnight Sun.
  3. (Korea) "뮤지컬 꼭 하고 싶었어요" 소녀시대 태연, 13 April 2010. Diambil pada 13 Mei 2010. (Temubual)
  4. "The grievances of main vocalists in girl groups"
  5. (Inggeris) SM-Academy.com
  6. 6.0 6.1 (Korea) 소녀, 자유를 꿈꾸다, <태양의 노래>의 김태연 (No.80), The Musical11 Mei 2010.
  7. (Korea) 태연, 2004년 '더원' 앨범 피쳐링…뒤늦게 알려져 인기, nocutnews.co.kr.19 Mac 2008.
  8. (Korea) ‘소녀시대’ 태연, 전주예술고교 졸업식서 공로상 표창, mydaily.co.kr. Enam Februari 2008.
  9. Kang Ji-hoon (강지훈) (Tiga Mac 2008). "'솔로' 태연, 소녀시대 인기 능가할까" (dalam bahasa Korean). Mydaily News. 
  10. Im I-rang. 동방신기, '골든 디스크' 대상…본상-인기상 등 3관왕 (TVXQ, "Cakera Emas" Anugerah Utama...Anugerah Lain-Anugerah Populariti; Raja Tiga Mahkota). MyDaily. 10 Disember 2008.
  11. [http://yeinjee.com/2010/taeyeon-the-one-like-a-star-music-video/ Taeyeon & The One – Klip Video Bagai Bintang, Yeinjee.com, 19 November 2010.
  12. Tajuk rasmi bahasa Inggerisnya Midnight Sun
  13. Hannah Kim: Ketua SNSD mendapat peran muzikal, JoongAng Daily, 18 Mac 2010
  14. (Korea) (Taeyeon akan debut di pentas Muzikal! Dilamar untuk watak utama). Newsen. 15 Mac 2010.
  15. Park Sun-young: Girls' Generation singer makes theatrical debut, JoongAng Daily, 12 Mei 2010.
  16. (Korea) 소녀시대 태연-서현, 3D 애니 ‘슈퍼배드’ 목소리 캐스팅 (Suara Taeyeon dan Seohyun Girls' Generation dilamar untuk animasi 3D 'Despicable Me'), Newsen.com, 17 Mei 2010.
  17. (Korea) "재혼에 원조 교제 수준"…'우결' 정형돈-태연 결혼에 네티즌 시끌 ('"Berkahwin lagi mengikut piawai hubungan terdahulu"...Kami Dah Kahwin Kahwinnya Jeong Hyeongdon—Taeyeon warga maya kecoh'. Chosun Ilbo. 07.01.2009.
  18. (Korea) Laman "WinWin" rasmi
  19. tajuk rasmi bahasa Inggeris Show! Music Core
  20. Taeyeon dan Seohyun menyertai Tiffany sebagai pengacara baru ‘Teras Muzik’
  21. ‘Teras Muzik’ Taeyeon-Seohyeon, Mengisi Kekosongan Yuri “Tata Tiga MC Dengan Tiffany ”
  22. Taeyeon akan mengacara "Anugerah K-Pop Carta Gaon Julung"
  23. Taeyeon dan Tiffany dijadualkan mengacara Gelombang Muzik Korea 2012 di Bangkok
  24. [1]
  25. (Inggeris) Girls' Generation Menguasai MBC, The Korea Times, 20.05.2009.
  26. (Korea) 태연, MBC 라디오 '친한 친구' DJ 2년 만에 하차 (Taeyeon, DJ radio dua tahun "Chinhan Chingu" MBC mengundur) News Nate. 19.04.2010.
  27. (Korea) (영상)소녀시대 태연, 혼자서도 인기, nocutnews.co.kr. March 20, 2008.
  28. Pemenang Anugerah 20 Pilihan MNet
  29. Senarai Pemenang Anugerah Cakera Emas 2008
  30. (Korea) 태연 “늦은 밤 나와 얘기나눠준 청취자에 감사” 라디오 신인상 (Taeyeon "Terima Kasih untuk pendengar bicara lewat malam yang sudi" Anugerah Pendatang Baru Radio. Newsen. 30 Disember 2009.
  31. Pemenang Anugerah Seni Hiburan Republik Korea ke-16
  32. (Korea) [2]. Anugerah Yahoo Buzz.
  33. Taeyeon SNSD tercalon untuk “Pendatang Baru Wanita Terbaik” di Anugerah Muzikal ke-5
  34. Girls’ Generation Dicalonkan untuk Empat Anugerah Muzik Asian Mnet
  35. Girls’ Generation Dicalonkan untuk Empat Anugerah Muzik Asian Mnet