Tahanan Palestin di Israel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tahanan Palestin di Israel merujuk kepada orang Palestin yang dipenjarakan di Israel selepas ditangkap akibat konflik Israel-Palestin. Masa hadapan tahanan Palestin oleh Israel telah lama dianggap isu pokok terhadap kemajuan rundingan damai Israel-Palestin.[1]

Majoriti tahanan ditangkap selepas sabitan oleh Perkhidmatan Penjara Israel, yang terletak di bawah kuasa Kementerian Keselamatan Dalaman, namun terdapat juga tahanan pentadbiran. Menurut Biro Statistik Pusat Palestin, terdapat lebih 7,000 banduan (2010) dalam penjara Israel, di mana 264 daripada mereka berada di bawah penahanan pentadbiran.

Pertukaran dan pembebasan tahanan[sunting | sunting sumber]

Israel telah membebaskan tahanan Palestin dalam persetujuan pertukaran tahanan yang dijalankan dengan pelbagai kumpulan Palestin. Contohnya, pada 1985, Israel membebaskan 1,000 tahanan Palestin, termasuk Sheikh Ahmed Yassin sebagai ganti tukar tiga tawanan perang Israel yang ditangkap Ahmed Jibril.[2]

Persetujuan Sementara mengenai Tebing Barat dan Genting Gaza 1995 (juga dikenali sebagai 'Oslo 2') menyeru kepada pembebasan tahanan Palestin, secara berperingkat, sebagai sebahagian daripada siri "tindakan pembinaan keyakinan".[3][4] Disebabkan persetiaan ini gagal menyeru terhadap pembebasan segera semua tahanan Palestin, ia telah dikritik sebagai tidak sejalan dengan Konvensyen Geneva, yang memperhatikan bahawa apabila perampas mengundur dari kawasan terbabit: "Orang-orang yang dilindungi yang telah dituduh dengan kesalahan atau disabitkan oleh mahkamah di wilayah yang diduduki, hendaklah diserahkan pada pengakhiran pendudukan, dengan rekod-rekod yang berkaitan, kepada pihak berkuasa wilayah yang dibebaskan."[4][5] Ketika Israel berundur daripada kawasan berpenduduk Palestin pada 1995, ramai tahanan Palestin dalam penjara tentera dipindahkan ke penjara di dalam Israel, yang ditegaskan aktivis Palestin sebagai pelanggaran artikel 49 dan 76 Konvensyen Geneva melarang pengusiran.[4][5] Sejak pemeteraian Oslo hingga 2001, 13,000 lagi rakyat Palestin telah ditangkap, dibicarakan dan/atau disabitkan, dan disebabkan tiada fasal dalam Oslo melarang atau mengenai penangkapan selepas pemeteraian persetiaan tersebut, mereka yang ditahan selepas Oslo II pada in 1995 tidak diikutsertakan dalam syarat yang digariskan dalam persetujuan selanjutnya.[4]

Memorandum Sungai Wye 1998 menetapkan supaya Israel membebaskan 750 tahanan Palestin, hanya sekitar 250 telah dibebaskan sehingga Memorandum Sharm el-Sheikh pada 1999.[3][6] Wye 2 ini mengurangkan jumlah mereka yang belum dibebaskan lagi daripada 500 kepada 350, dan mereka dibebaskan sebelum pertengahan Oktober 1999.[6] Janji Israeli untuk membebaskan beberapa orang banduan lagi pada awal Ramadan dipenuhi, walaupun agak lambat, apabila 26 tahanan 'keselamatan',[7] separuh daripadanya memiliki cuma beberapa bulan lagi tempoh tahanan, dibebaskan pada 29 Disember.[6] Tambahan tujuh banduan dari Baitulmaqdis Timur dilepaskan keesokan harinya selepas bantahan Pihak Berkuasa Palestin, yang menjangka jumlah lebih besar.[6] Pembebasans selanjutnya tahanan Palestin oleh Israel pada 2000 termasuklah 15 orang pada Mac 2000 dan 3 lagi pada Jun 2000, sebagai "tanda muhibah".[6]

Dalam mesyuarat di Sharm el-Sheikh pada Februari 2005, Israel berjanji melepaskan 900 lagi tahanan Palestin daripada 7,500 yang sedang dipenjarakan ketika itu.[8][9] Menjelang musim bunga 2005, 500 orang telah dibebaskan, tetapi selepas serangan roket Qassam terhadap Sderot pada 5 Mei Ariel Sharon menyekat pelepasan baki 400 orang, menyebut Pihak Berkuasa Palestin perlu mengawal militan.[8]

Pada 25 Ogos 2008, Israel membebaskan 198 rakyat Palestin sebagai "tanda muhibah" untuk menggalakkan hubungan diplomatik dan menyokong pemimpin Fatah Mahmud Abbas.[10] Pada 15 Disember 2008, Israel membebaskan tambahan 224 orang lagi daripada Penjara Ofer di Tebing Barat dalam usaha mengukuhkan kedudukan Presiden Palestin itu. 18 daripadanya dibebaskan ke Genting Gaza.[11]

Pada 2008, kerajaan Israel juga telah menawarkan pelepasan 450 tahanan Palestin sebagai ganti Gilad Shalit, seorang askar Israel yang ditangkap Hamas di Genting Gaza sejak Jun 2006.[12] Akhirnya pada 11 Oktober 2011, dengan pengantara Jerman dan Mesir, Hamas bersetuju membebaskan Gilad dengan pertukaran 1,027 tahanan Palestin di Israel.[13][14] Fasa pertama terjadi pada 18 Oktober, dengan Israel membebaskan 477 tahanan dan Hamas memindahkan Gilad ke Kaherah.[15] Dalam fasa kedua, dijadualkan pada Disember 2011, 550 lagi tahanan akan dilepaskan.[16] Persetujuan ini merupakan antara pertukaran tahanan terbesar yang pernah dibuat Israel, memandangkan ia bersetuju membebaskan 1,027 tahanan untuk seorang askarnya – harga tertinggi pernah dibayar Israel untuk seorang askar.[17]

Mogok lapar[sunting | sunting sumber]

Pada 1998, terdapat sembilan mogok lapar yang dijalankan tahanan Palestin di penjara-penjara Israel.[3]

Pada 1 Mei 2001, hampir 1,000 daripada 1,650 tahanan Palestin yang ditahan di penjara Israel menyertai mogok lapar sebulan, membantah "layanan sewenang-wenang oleh pegawai penjara, keadaan penjara subpiawai, larangan lawatan keluarga, penggunaan pengurungan berasingan, jagaan perubatan teruk, dan keengganan Israel melepaskan semua kategori tahanan yang ditentukan dalam persetujuannya dengan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO)."[18][19] Tunjuk perasaan sebagai tanda setiakawan dengan tahanan meletus di kawasan-kawasan yang dikuasai orang Palestin, memuncak dengan bantahan besar-besaran pada 15 Mei (ulang tahun Nakba) dan berakhir pada 18 Mei dengan 7 warga Palestin maut, 1,000 cedera dan orang 60 Israel luka-luka.[19] Mogok lapar ini berakhir pada 31 Mei selepas jabatan penjara Israel berjanji akan melihat semula aduan dan meringankan sekatan terhadap lawatan. Satu laporan kerajaan Israel pada Jun 2001 mengenai keadaan di penjara Shatta menyatakan yang keadaan hidup "betul-betul penuh kepayahan" di sayap di mana banduan Palestin ditempatkan, dan menyimpulkan yang khemah terbuka dan bilik air kotor di mana tahanan ditempatkan dan dimandikan tidak sesuai untuk kegunaan manusia.[18]

Setelah ditahan pada 17 Disember 2011, Khader Adnan, dituduh Israel sebagai ketua Gerakan Jihad Islam Palestin, memulakan mogok lapar membantah cara penahanannya yang didakwa sebagai ganas dan amalan "penahanan pentadbiran" Israel.[20] Ratusan tahanan lain dilaporkan menyertai mogok lapar bersama Adnan.[21] Pada April 2012, beliau dibebaskan selepas berpuasa selama 66 hari.[22]

Pada Februari 2012, sekitar 1800 tahanan Palestin memulakan mogok lapar sebagai bantahan terhadap amalan penahanan pentadbiran. Israel menahan kira-kira 4,500 orang Palestin, di mana lebih kurang 310 orang merupakan tahanan pentadbiran, tanpa hak kepada perbicaraan. Tuntutan mereka termasuklah hak lawatan keluarga bagi tahanan dari Gaza, penamatan penggunaan pengurungan berasingan berlanjutan dan pelepasan mereka yang ditaham di bawah undang-undang penahanan pentadbiran. Tunjuk perasaan bagi menyokong para tahanan ini diadakan di Nazareth, Umm al-Fahm, Kafr Kanna dan Haifa.[23][24]

Pada 7 Mei 2012, Mahkamah Agung Israel menolak rayuan pembebasan berasaskan hak asasi manusia oleh dua orang tahanan, Tha'er Halahlah dan Bilal Diab.[25][26] Beberapa hari kemudian, Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon dan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah menyatakan kebimbangan terhadap kedua-dua pemogok tersebut.[27][28] Pada 14 Mei, diumumkan bahawa para tahanan telah bersetuju menamatkan mogok lapar mereka, setelah mencapai persetujuan dengan pihak berkuasa Israel, dibroker oleh Mesir dan Jordan atas permintaan rasmi daripada Mahmud Abbas. Dalam urus janji itu, Israel bersetuju mengehadkan penahanan pentadbiran kepada enam bulan, kecuali dalam kes di mana bukti baharu terhadap tertuduh ditemui, memudahkan proses lawatan keluarga dan mengembalikan tahanan dalam pengurungan berasingan ke sel biasa.[29][30] Terdapat juga kesepakatan untuk membuka perbincangan lanjut terhadap memperbaiki keadaan penjara dan wakil pemogok lapar bersetuju tidak terlibat dalam aktiviti militan, termasuk perekrutan, dalam penjara.[25] Hanan Ashrawi daripada Majlis Kebangsaan Palestin berkata pemogok lapar telah "benar-benar menunjukkan yang penentangan tidak-ganas merupakan alat penting dalam perjuangan kemerdekaan".[30]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Europa Publications (2003). The Middle East and North Africa 2004. Routledge. m/s. 554. ISBN 1857431847, 9781857431841 Check |isbn= value: invalid character (bantuan).
  2. ^ Ron Schleifer (2006). Psychological Warfare in the Intifada: Israeli and Palestinian Media Politics and Military Strategies. Sussex Academic Press. m/s. 38. ISBN 184519134X, 9781845191344 Check |isbn= value: invalid character (bantuan).
  3. ^ a b c Académie de Droit Internationale, Anis F. Kassim (2000). The Palestine Yearbook of International Law 1998-1999. Martinus Nijhoff Publishers. m/s. 257. ISBN 9041113045, 9789041113047 Check |isbn= value: invalid character (bantuan).
  4. ^ a b c d Roane Carey and Noam Chomsky (2001). The New Intifada: Resisting Israel's Apartheid. Verso. m/s. 198–199. ISBN 1859843778, 9781859843772 Check |isbn= value: invalid character (bantuan).
  5. ^ a b Jerry W. Wright (1999). The Political Economy of Middle East Peace: The Impact of Competing Trade Agendas. Routledge. m/s. 132. ISBN 0415183952, 9780415183956 Check |isbn= value: invalid character (bantuan).
  6. ^ a b c d e Europa, 2004, m/s. 555.
  7. ^ Pada m/s. 252 Politics and Sociolinguistic Reflexes, "banduan keselamatan" ditakrifkan sebagai istilah yang merujuk kepada "rakyat Palestin dalam penjara Israel di bawah dakwaan terlibat dalam perlakuan yang membahayakan keselamatan Israel."
  8. ^ a b Angela Drakulich, United Nations Association of the United States of America (2005). A Global Agenda: Issues Before the 60th General Assembly of the United Nations. United Nations Publications. m/s. 79. ISBN 1880632713, 9781880632710 Check |isbn= value: invalid character (bantuan).
  9. ^ Tanya Reinhart (2006). The Road Map to Nowhere: Israel/Palestine Since 2003. Verso. m/s. 77. ISBN 1844670767, 9781844670765 Check |isbn= value: invalid character (bantuan).
  10. ^ Israel releases 198 Palestinian prisoners, The Guardian, 26 Ogos 2008.
  11. ^ Israel releases 224 Palestinian prisoners, International Herald Tribune, 15 Disember 2008.
  12. ^ Israel PM willing to free 450 Palestinians in swap: report, AFP, 29 Ogos 2008.
  13. ^ Hamas to gain politically from prisoner swap deal
  14. ^ Harinder Mishra (12 Oktober 2011). "Israel to release 1,027 prisoners for its lone soldier". IBN Live. Jerusalem. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-11. Dicapai pada 16 Oktober 2011.
  15. ^ "Captured soldier Gilad Shalit returns to Israel after five years in captivity". News Core. 18 Oktober 2011. Dicapai pada 18 Oktober 2011.
  16. ^ Ben Quinn and agencies. "Gilad Shalit freed in exchange for Palestinian prisoners | World news". The Guardian. UK. Dicapai pada 19 Oktober 2011.
  17. ^ Avi Issacharoff (15 Mac 2011). "MESS Report-Israel News – Haaretz Israeli News source". Haaretz. Israel. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-13. Dicapai pada 19 Oktober 2011.
  18. ^ a b Human Rights Watch (2001). World Report 2001: The Events of 2000. Human Rights Watch. m/s. 394. ISBN ISBN 1564322548, ISBN 978-1-56432-254-8 Check |isbn= value: invalid character (bantuan).
  19. ^ a b Europa Publications (2002). The Middle East and North Africa 2003. Routledge. m/s. 896. ISBN 1-85743-132-4, 9781857431322 Check |isbn= value: invalid character (bantuan).
  20. ^ Jon Donnison (8 Februari 2012). "Palestinian on hunger strike 'in critical condition'". BBC News. Dicapai pada 16 Mei 2012.
  21. ^ "Israel denies appeal of jailed hunger striker". Al Jazeera. 13 Februari 2012. Dicapai pada 16 Mei 2012.
  22. ^ Karin Brulliard (23 April 2012). "Palestinian hunger strikes draw attention to Israeli detention practice". The Washington Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 September 2012. Dicapai pada 16 Mei 2012.
  23. ^ Edmund Sanders (12 Mei 2012). "Talks progress in bid to end Palestinian prisoners' hunger strike". Los Angeles Times. Dicapai pada 16 Mei 2012.
  24. ^ Jack Khoury (12 Mei 2012). "Palestinian prisoners to continue hunger strike". Haaretz. Dicapai pada 16 Mei 2012.
  25. ^ a b Harriet Sherwood (7 Mei 2012). "Israeli court rejects Palestinian hunger strike prisoners' appeal". The Guardian. Dicapai pada 16 Mei 2012.
  26. ^ Kevin Flower and Kareem Khadder (6 Mei 2012). "Two Palestinians on hunger strike nearing death, lawyer says". CNN. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-02-24. Dicapai pada 16 Mei 2012.
  27. ^ "Concerned at plight of Palestinian hunger strikers, Ban urges solution without delay". UN.org. 9 Mei 2012. Dicapai pada 16 Mei 2012.
  28. ^ Sandy Rashty (11 Mei 2012). "Abbas issues warning as hunger strikes continue". The Jewish Chronicle. Dicapai pada 16 Mei 2012.
  29. ^ "Palestinian inmates in Israel end mass hunger strike". BBC News. 14 Mei 2012. Dicapai pada 16 Mei 2012.
  30. ^ a b Donald Macintyre (15 Mei 2012). "Israel bows to pressure to end mass hunger strikes by Palestinians". The Independent. Dicapai pada 16 Mei 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]