Tahnik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam Islam, tahnik ataupun belah mulut merupakan satu amalan sunnah Nabi saw yang sunat dikerjakan ketika seseorang anak itu lahir.

Pada asasnya, bayi yang baru dilahirkan (<=7 hari) akan disapukan pada lelangit mulutnya sedikit buah kurma yang direndam dalam air zam-zam.[1] Ia boleh dilakukan oleh ibu bapa kanak-kanak itu atau dibawa ke rumah orang-orang yang dianggap soleh untuk ditahnikkan, kerana anak-anak yang lahir di zaman Nabi Muhammad saw membawa anak-anak mereka itu kepada Nabi saw untuk ditahnik oleh baginda.[2]

Di antara hikmahnya ialah:-

  • menguatkan lidah dan mulut dan bersedia untuk menyusu.
  • dan dapat mengambil berkat dari orang-orang yang soleh mudah-mudahan kanak-kanak itu akan turut menjadi orang soleh apabila dia dewasa.

Ia sunat dilakukan dengan buah kurma kerana mengikut amalan Nabi saw dan jika tiada buah kurma boleh digantikan dengan makanan-makanan lembut yang manis. Elakkan menggunakan makanan yang dimasak.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Kitab tarbiyatul Awlaad juzuk 1 m.s. 59-61

Pautan luar[sunting | sunting sumber]