Taiwan (nyahkekaburan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rencana ini adalah rencana untuk menerangkan (atau menyahkan) kekaburan yang wujud mengenai penggunaan istilah Taiwan. Walaupun ia ditulis dengan nada laman projek, ia bukanlah satu dasar mahupun garis panduan.

Penggunaan istilah Taiwan (台湾) adalah satu istilah rumit dan sensitif dalam politik dunia, oleh itu, rencana ini diwujudkan untuk memperjelaskan isu-isu yang timbul berikutan penggunaan terminologi ini.


Penggunaan biasa[sunting | sunting sumber]

Nama Taiwan biasanya merujuk kepada "negara" yang memerintah Pulau Taiwan, satu pulau yang terletak di Asia Timur, secara spesifiknya terletak di timur tanah besar China dan selatan negara Korea dan Jepun. Tetapi penggunaanya dalam konteks ini terpaksa dilarang secara rasmi kerana kerajaan Republik Rakyat China yang memerintah negara China menuntuk hak memerintah Taiwan dan mendakwa Taiwan adalah satu wilayah negara berkenaan dan rujukan padanya sebagai satu negara bebas dan berdaulat adalah dilarang berdasarkan Dasar Satu China yang diterima majoriti negara di dunia pada masa kini. Tambahan pula, ada penduduk Taiwan yang mahukan pemerintahan China keatas mereka. Dalam pada itu, sesetengah lagi penduduk Taiwan ingin merdeka dan menubuhkan negara mereka sendiri bernama Republik Taiwan.


Cara Wikipedia Bahasa Melayu menyelesaikan masalah ini[sunting | sunting sumber]

Memandangkan masalah ini adalah rumit dan keperluan untuk mematuhi dasar berkecuali, keputusan berikut telah dicapai di Wikipedia Bahasa Melayu, iaitu;

  • Tiada rencana yang bernama Taiwan di Wikipedia ini.
  • Rencana yang menerangkan tentang negara yang memerintah Taiwan kini, yang masih menggunakan nama Republik China, diberikan nama Republik China di Taiwan.
  • Rencana yang menerangkan tentang perihal bukan politik pula diberikan nama Pulau Taiwan.

Sila notakan juga bahawa penyelesaian yang diambil Wikipedia Bahasa Melayu berlainan dengan Wikipedia bahasa lain, yang mempunyai pengguna yang lebih ramai menambah kepada sensitiviti topik ini. Para pengguna Wikipedia Bahasa Melayu mengambil keputusan untuk menyelesaikan masalah ini dengan cara sendiri adalah selaras dengan tanggapan bahawa Wikipedia bahasa lain tidak menyelesaikannya dengan sempurna untuk menggelakkan sebarang kekeliruan yang timbul akibat penggunaan nama "Taiwan".

Lain-lain rencana berkaitan[sunting | sunting sumber]