Tak Ada Cinta Sepertimu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tak Ada Cinta Sepertimu
GenreKeluarga
Melodrama
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Tak Ada Cinta Sepertimu karya Anna Milia
Ditulis olehRehal Nuharis
PengarahJamal Khan
Dibintangi oleh
Syafiq Kyle
Zahirah MacWilson
Nik Adam Mika
Fikry Kiki
Ruhainies
Lagu pembukaanHilang - Marsha Milan
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod16
Penerbitan
Penerbit eksekutifJulia Juhasu
PenerbitDatuk Rosyam Nor Shamsuddin
Datin Runika Mohd Yusof
Tempoh siaran42 Minit
Syarikat penerbitan
Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria & Ria HD (Slot MegaDrama)
Siaran asal12 Mac 2018 – 5 April 2018
Kronologi
MengikutiLafazkan Kalimah Cintamu
Diikuti olehMr. Grey

Tak Ada Cinta Sepertimu ialah sebuah siri drama televisyen melayu tahun 2018 arahan Jamal khan. Dibintangi oleh Syafiq Kyle, dan Zahirah MacWilson. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 12 Mac 2018 menggantikan Lafazkan Kalimah Cintamu [1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Permulaan hubungan Athea dan Hazran tidak pernah aman. Bermula insiden berebut penadol di kedai runcit, kereta Athea yang menghalang kereta Hazran, cermin tingkap dipecahkan anak Athea dan sehinggalah mencuri kucing Hazran dinamakan Smokey atau Lulu. Namun, Smokey jugalah yang merapatkan hubungan mereka. Hazran malah baik dengan anak Athea, Qarleef.

Keakraban Hazran dan Athea di gunakan Kamarul untuk memfitnah mereka demi merebut Bella, tunang Hazran. Kamarul, boss Bella memang menaruh hati dengan Bella sejak dulu lagi. Sekali lagi, Athea disalah erti sehingga menjauhkan hubungannya dengan Hazran dan anak-anak Athea.

Kemunculan Azam semakin merumitkan keadaan dan menjarakkan hubungan mereka. Namun, sejarah berulang dalam hidup Athea apabila Azam tidak sanggup memikul beban Athea yang bertambah. Hazran apabila mengetahui hal itu, cuba untuk meraih kasih Athea kembali. Namun, setelah dua kali dikecewakan, hati Athea sukar untuk menerima Hazran. Sehinggalah ibu bapa Hazran masuk campur.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon Utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon Pembantu[sunting | sunting sumber]

Runut Bunyi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Tak Ada Cinta Sepertimu. MyInfoTaip. Dicapai 4 Ogos 2021