Takashi Tsukamoto

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Takashi Tsukamoto (Jepun: 塚本高史, Hepburn: Tsukamoto Takashi, lahir 27 Oktober 1982) ialah pelakon, penyanyi dan model Jepun.

Dia juga telah menerbitkan tiga buah CD single: Itsudemo Boku wa (いつでも僕は, Bila-bila masa sahaja aku...), Hitorigoto (ヒ・ト・リ・ゴ・ト, Senandika), NEW MORNING.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Anak kelahiran Hachioji, Tokyo ini memasuki Sekolah Tinggi Horikoshi tetapi berhenti sebelum sempat menamatkan pelajarannya.

Tsukamoto berketinggian 175cm dan mempunyai berat badan 54kg. Jenis darah ialah A. Anggota keluarganya lain adalah ibu bapa dan seorang adik lelaki. Hobinya adalah bermain gitar elektrik, snowboard, bola sepak, dart dan lain-lain.

Rakan karib Tsukamoto adalah Shun Oguri. Oguri adalah seorang pelakon dan model. Oguri dan Tsukamoto pernah berlakon bersama dalam banyak drama, termasuklah Stand Up!!. dalam drama ini, Tsukamoto berlakon sebagai seorang kaki perempuan yang digilai ramai manakala watak yang dimainkan Oguri, Kouji, dan rakan-rakannya cuba mengambil nasihat dan petua daripada pujaan ramai itu supaya mereka memperolehi teman wanita. Oguri dan Tsukamoto juga pernah sekali menjadi model bersama dalam sebuah majalah yaoi.

Tsukamoto mengahwini teman wanitanya pada 29 Mei 2007. Kebetulan tarikh perkahwinan mereka juga adalah tarikh lahir teman wanitanya. Isterinya melahirkan anak pertama mereka, seorang bayi lelaki, pada 15 September 2007 lebih kurang sebulan sebelum tarikh yang sepatutnya tetapi isterinya dalam keadaan sihat.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]