Takhta Bunga Kekwa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Takhta Bunga Kekwa merupakan gelaran yang diberikan untuk takhta kerajaan Jepun. Bunga kekwa (菊花, kikuka dalam bahasa Jepun terpapar dalam cap mohor yang digunakan oleh Maharaja Jepun.

Takhta Kekwa merupakan monarki tertua di dunia. Menurut babad sejarah Jepun, 'Nihonshoki', Empayar Jepun telah diasaskan oleh Maharaja Jimmu pada 660SM dan maharaja yang terkini, Akihito, merupakan keturunannya yang ke-125. Ini berdasarkan rekod yang tertulis sejak pemerintahan Maharaja Ojin pada awal kurun ke-5. Walaupun lapan orang Maharani pernah memerintah Jepun pada suatu ketika, ini tidak lagi berlaku pada masa kini disebabkan undang-undang yang dicipta oleh Agensi Keluarga Diraja dan Badan Penasihat Raja pada pertengahan kurun ke-19.

Maharaja Jepun (tennō 天皇, "raja di langit") bertindak sebagai paderi tertinggi agama Shinto, walaupun kuasanya dikurangkan oleh perlembagaan setelah Perang Dunia II.

Menurut perlembagaan Jepun, Maharaja merupakan simbol kesatuan negara dan rakyat. Beliau tidak memiliki kuasa politik yang sebenar dan dianggap sebagai ketua negara menurut adat-istiadat dan seorang raja berperlembagaan.

Maharaja Jepun merupakan satu-satunya ketua negara yang memegang gelaran 'maharaja' di dunia.