Takson tidak terperihal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Menurut ahli entomologi Andy Calderwood, lalat daripada genus ini Exoprosopa tergolong dalam satu spesies tidak terperihal (setakat September 2009).

Dalam taksonomi, takson tidak terperihal ialah takson (contohnya, spesies) yang telah ditemui, tetapi belum diperihalkan dan dinamai secara rasmi. Kod Tatanama menentukan keperluan untuk takson baharu untuk diperihalkan dan dinamai secara sah. Sehingga ada perihal diterbitkan, takson berkenaan tidak mempunyai nama rasmi, tetapi nama sementara dan tidak rasmi kerap digunakan. Nama sains terterbit yang tidak memenuhi keperluan Kod, contohnya kerana tidak terperihal, dipanggil nomen nudum. Mungkin juga sesuatu takson kekal "tidak terperihal" selama jangka masa lanjut, sungguhpun perihal tidak rasmi diterbitkan.

Spesies tidak tergambar boleh dirujuk dengan nama genus, diikuti oleh "sp". Dalam sesetengah kes, ada lebih daripada satu spesies tidak terperihal dalam satu genus. Dalam kes ini, spesies-spesies ini kerap dirujuk dengan nombor atau huruf. Dalam genus jerung Pristiophorus, contohnya, ada dua spesies tidak terperihal, secara tidak rasmi dinamai Pristiophorus sp. C dan D. (Pada 2008, sp. A diperihalkan sebagai Pristiophorus peroniensis dan sp. B sebagai P. delicatus.) Apabila perihal rasmi bagi salah satu spesies ini diterbtikan, nama sementaranya akan digantikan dengan nama binomial betul.

Dalam bakteriologi, terbitan sah bagi nama memerlukan endapan bakteria dalam Koleksi Kultur Bakteriologi. Spesies yang untuknya ini adalah mustahil tidak boleh menerima nama binomial sah; spesies ini dikelompokkan sebagai Candidatus.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]