Taktik tentera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Taktik Tentera adalah nama kumpulan bagi kaedah bertempur dan menumpaskan musuh di pertempuran. Perubahan pada falsafah dan teknologi menurut masa ditunjukkan dalam perubahan taktik tentera.

Sehingga abad ke 19, banyak taktik tentera terhad pada hal-ehwal medan pertempuran, seperti bagaimana mengerakkan unit semasa pertempuran di medan terbuka. Dalam pemikiran ketenteraan moden, taktik merangkumi penggunaan tentera dalam operasi dalam situasi pertempuran tertentu. Taktik boleh berbeza dengan strategi ketenteraan, yang mana bermatlamat dengan cara dan rancangan bagi mencapai hasil jangka masa panjang.

Taktik khusus wujud dalam banyak situasi, dari menguasai bilik atau bangunan individu, sehingga operasi besar-besaran seperti membentuk penguasaan udara ke atas sesuatu kawasan. Kini, taktik tentera digunakan disetiap peringkat pemerintahan, dari individual dan kumpulan sehingga peringkat keseluruhan angkatan tentera. Malah unit yang digunakan dalam perperangan sentiasa membayangkan taktik tentera semasa, dan saiz dan komposisi pelbagai menurutnya. Istilah di British, taktik tentera membabitkan pasukan tentera laut sering-kali dikenali sebagai taktik tentera laut (cf. kegunaan ketenteraan).

Taktik tentera biasa termasuk serangan berhadapan, cubaan menyerang rusuk musuh, mengekalkan tentera sebagai simpanan dan penggunaan serang hendap. Sering kali penipuan dalam bentuk penyamaran, atau salah arah menggunakan umpan, digunakan bagi mengaburi musuh.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]