Talbiah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Talbiah ialah sejenis bacaan yang dibaca oleh jemaah haji/umrah ketika dalam ihram. Memperbanyakkan bacaan talbiah di sepanjang perjalanan hingga sampai ke Mekah untuk mengerjakan rukun-rukun haji atau umrah selanjutnya adalah sesuatu yang digalakkan kepada penunai haji dan umrah.

Bacaan[sunting | sunting sumber]

Menurut daripada Ibn ‘Umar (RA), hadis Riwayat Muslim (1184), Rasulullah SAW bersabda:[1]

Bahasa Arab:

لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ

Transliterasi talbiah dalam Rumi:

Labbaika Allahumma labbaik. Labbaika laa syariika laka labbaik. Innal hamda, wan-ni'mata, laka wal mulk, laa syariika laka.

Maksud:

Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu ya Allah. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Tuhan yang tiada sekutu bagi-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu.
atau
Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah. Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah dan tiada sekutu apapun bagi-Mu. Sesungguhnya puji, nikmat, dan kekuasaan hanya bagi-Mu tanpa sekutu apapun bagi-Mu[2]

Hukum membaca talbiyah[sunting | sunting sumber]

Jumhur ulama, menetapkan bahawa talbiah itu disyariatkan untuk dibaca oleh para jemaah ketika dalam keadaan ihram, dan hukum melafazkannya dengan kuat semasa haji ialah sunat bagi lelaki dan tidak sunat bagi wanita untuk melafazkan ia secara kuat.[1] Menurut hadis riwayat Al-Tirmidzi 827, daripada Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA, bahawa Nabi SAW telah ditanya: (أَىُّ الْحَجِّ أَفْضَلُ قَالَ ‏ "‏ الْعَجُّ وَالثَّجُّ ‏"‏) yang bermaksud: “Apakah haji yang paling afdhal? Baginda menjawab: “Menyaringkan ucapan talbiah dan menyembelih binatang korban”. Namun, jika seseorang itu meninggalkan perbuatan talbiah, haji yang dilakukannya tetap sah namun mereka rugi pahala fadilat talbiah tersebut.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud "Dari Ummu Salamah RA. katanya: Saya mendengar Rasulullah bersabda: "Wahai keluarga Muhammad, barangsiapa berhaji, maka hendaklah dia membaca talbiyah dengan suara yang nyaring untuk hajinya" (Hadis Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (2017). BAYAN LI AL-HAJ SIRI 25 : PENGERTIAN TALBIAH DAN WAKTUNYA. Dicapai 15 Ogos 2019.
  2. ^ Ricah (2019, 27 Julai). Bacaan Talbiyah, Hikmah yang Wajib Anda Ketahui!(blog). Gluten Celiaki . Dicapai 15 Ogos 2019.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]