Taman Anson

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Taman Anson merupakan sebuah taman perumahan yang terletak di Bidor, Perak Darul Ridzuan. Nama 'Anson' diambil bersempena dengan nama Leftenan-Gabenor Inggeris, Sir Archibald Edward Harbord Anson yang pernah berkhidmat di Perak, Pulau Pinang dan Singapura pada kurun ke-18.

Terletak di Jalan Sungkai, taman yang kecil ini adalah daripada jenis rumah teres setingkat (20 buah) dan rumah kedai dua tingkat (10 buah). Jumlah rumah adalah 30 buah sehingga tahun 2002.

Pada tahun 2003, Taman Anson dibangunkan dengan pembukaan tanah belukar dihujung taman untuk dijadikan perumahan tambahan. Jumlah rumah di Taman Anson selepas itu telah diperluaskan dengan tambahan 21 rumah yang mana 16 adalah rumah teres setingkat, 4 buah rumah berkembar (semi-detached) dan sebuah banglo dua tingkat.

Taman ini mempunyai beberapa bengkel kereta, kedai tayar lori dan motor, kedai makanan India-Muslim (mamak), kedai perabot, sebuah kafe siber dan lain-lain.

Taman ini bersempadanan dengan Taman Kandiah di utara, Taman Kawan di sebelah timur, Balai Polis Bidor di sebelah selatan dan Kg.Cegar Jalan Sungkai di sebelah barat.

Rata-rata penduduk yang mendiami perumahan ini daripada golongan pertengahan dan pertengahan-atas seperti peniaga kecilan, pekedai, guru, buruh, pekerja kontrak dan pekerja am.

Di negeri Perak, terdapat 3 buah taman yang menggunakan Taman Anson iaitu Bidor, Tapah dan Sitiawan.