Taman Battersea

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pagoda Damai, Taman Battersea

Taman Battersea ialah sebuah ruang hijau seluas 200 ekar (0.83 km²) di Battersea, London, England. Ia terletak di tebing selatan Sungai Thames bertentangan dengan Chelsea. Ia dibuka pada 1858.[perlu rujukan]

Taman ini meliputi suatu gabungan tanah paya ditebus guna dari Thames, dan tanah yang dahulunya digunakan untuk taman pasar mengkhidmati penduduk London yang berkembang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Padang-padang Battersea dahulunya terkenal sebagai tempat untuk bertarung. Pada 21 March 1829, Duke of Wellington dan Earl of Winchilsea bertemu di padang Battersea untuk menyelesaikan suatu hal berkenaan kemuliaan.[1] Apabila tiba masa untuk menembak, Duke tersebut dengan sengaja menyasarkan pistolnya dengan luas dan Winchilsea menembak ke udara. Winchilsea kemudian menulis kepada Duke untuk memohon maaf.

Rekabentuk asal taman tersebut dibentangkan oleh Sir James Pennethorne antara tahun 1846 dan 1864, walaupun taman tersebut ketika dibuka pada 1858 agak berlainan dari apa yang Pennethorne gambarkan.

Taman Battersea menjadi tuan rumah kepada perlawanan bola sepak yang pertama dimainkan di bawah peraturan Persatuan Bola Sepak yang baru saja ditubuhkan pada 9 January 1864.[perlu rujukan] Pemain-pemain bagi setiap pasukan dipilih oleh Presiden FA (A. Pember) dan Setiausaha (E.C. Morley) dan melibatkan ramai pemain bola yang dikenali pada masa itu.

Bermula dari 1860, Taman Battersea merupakan tuan rumah kepada pasukan bola sepak amatur terkemuka Wanderers F.C., pemenang Piala FA yang pertama pada 1872. Satu pasukan yang diketahui bermain bertentangan di Battersea adalah Sheffield F.C. sekitar tahun 1860. Pasukan Wanderers merancang untuk membuat pembaharuan, walaupun tidak diketahui samada Taman Battersea akan digunakan sebagai tempat mereka sendiri lagi. [perlu rujukan]

Taman Pesta[sunting | sunting sumber]

Taman Pesta

Pada 1951 taman tersebut diubah kepada "Taman Pesta" sebagai sebahagian daripada perayaan Temasya Britain. Seperti mana sebuah taman air dan pancuran-pancuran baru, ciri-ciri baru termasuk sebuah "Laluan Pokok" yang terdiri dari siri laluan daripada kayu yang dinaikkan yang disambung oleh rumah pokok- seperti pentas yang tergantung di antara dahan-dahan pada pokok-pokok di situ.

Jam Guinness

Tarikan utama termasuklah Jam Guinness dan Stesen Keretapi Cawangan Oyster Creek dan Far Tottering.

Pesta ria Battersea[sunting | sunting sumber]

Satu lagi bahagian yang ditukar adalah penambahan Pesta Ria Battersea: rollercoaster, buaian, bulatan dan keseronokan menyeluruh untuk seisi keluarga.

Tunggangan paling menarik di pesta ria itu adalah sebuah rollercoaster yang dipanggil Pencedok Besar, yang dibuka pada 1951. Ia diperbuat daripada kayu dan terjejas dalam satu kebakaran besar pada 1970. Ia terus ditutup pada 1972 selepas lima orang kanak-kanak terbunuh dan tiga belas yang lain cedera dalam satu kemalangan pada 30 May 1972 apabila salah satu dari tren tersebut terpisah dari tali pengangkutan, sebelum tergelincir dan jatuh 45 kaki (14 m) ke bumi.[2] Kekurangan tarikan utama membawa kepada kurangnya sambutan dan seterusnya kepada penutupannya pada 1977.

Selepas penutupan tersebut, tunggangan "Jetstream" dijual kepada Trusthouse Forte, pemilik terdahulu Taman Zoologi Belle Vue.

Ciri-ciri terkini di Taman Battersea[sunting | sunting sumber]

Tapak taman tersebut ditarah dan menjadi tapak untuk pesta pelancongan dan pameran, dan juga tapak untuk Evolusi Battersea, sebelum ini dikenali sebagai Arena Acara Taman Battersea.

Pentas pancaragam di Taman Battersea

Taman tersebut menjadi rumah kepada zoo kecil untuk kanak-kanak, tasik untuk bot, pancaragam, dan beberapa kemudahan untuk kegiatan sukan luaran dalam semua cuaca termasuk gelanggang tenis, padang balapan dan padang bola sepak.

Taman tersebut juga merupakan tapak kepada Pagoda Damai London, didirikan di tengah-tengah pertikaian pada 1985, semasa Ken Livingstone memegang jawatan ketua Greater London Council yang sekarang ini telah dimansuhkan. Juga pada 1985, sebuah replika patung gangsa seekor anjing yang menjadi titik tumpuan ketika pembedahan viviseksi bersejarah Peristiwa Anjing Perang didirikan di taman ini.

Sepanjang tahun 2002 hingga 2004, taman tersebut melalui pembaharuan bernilai £11m ditaja bersama oleh Heritage Lottery Fund, dan dibuka semula pada 4 Jun 2004 oleh Putera Phillip.

"Meet Me in Battersea Park"[sunting | sunting sumber]

Taman ini di dimuatkan dalam rekod single 1954 Petula Clark "Meet Me In Battersea Park". Lagu tersebut turut ditulis oleh ayah Clark, Leslie, dan pemuzik iringannya, Joe "Mr Piano" Henderson dan juga David Valentine (nama pena David Lavender). Ia juga tajuk bagi boxset 2001 boxset yang menumpukan awal kerjaya Petula.

Stesen kereta api berhampiran[sunting | sunting sumber]

Tutup

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 51°28′45″U 0°09′26″B / 51.4793°U 0.1573°B / 51.4793; -0.1573