Taman Botani Pulau Pinang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pintu masuk Taman Kebun Bunga

Taman Botani Pulau Pinang atau Taman Kebun Bunga Pulau Pinang terletak berhampiran dengan Georgetown, Pulau Pinang. Taman ini memainkan peranan sebagai sebuah institusi botani yang penting di Malaysia. Taman ini juga menjadi sebuah taman riadah dan rekreasi awam yang utama di Georgetown.

Taman Botani ini berpotensi tinggi menarik kehadiran ramai pelancong dan ia juga telah dikenal pasti untuk disenaraikan sebagai taman tercantik di dunia. Sebanyak RM1 juta diperuntukkan setahun bagi kerja penyelenggaraan dan dianggarkan 100,000 orang pengunjung melawatnya setiap tahun.

Pada 2010, RM7 juta diperuntukkan untuk menaik taraf taman ini. Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen menyatakan taman ini akan disenaraikan dalam sebuah buku bertajuk 1001 taman tercantik di dunia.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]