Taman Cahaya Masai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sejarah Taman Cahaya Masai[sunting | sunting sumber]

Taman Cahaya Masai (TCM) terletak di Pasir Gudang, Johor adalah sebuah kawasan perumahan kos sederhana rendah yang dibangunkan oleh pemaju, Bayumaju Development Sdn. Bhd., salah sebuah anak syarikat YTL.

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

TCM terletak lebih kurang 34 kilometer dari tengah bandar Johor Bahru dengan jumlah penduduk sekitar 2800 orang ke atas yang telah dibanci dimana berjirankan kawasan-kawasan perumahan yang telah dan sedang membangun antaranya Cahaya Baru, Kong Kong (Utara); Bandar Bestari Perdana (Timur); Kota Masai (Selatan); Heliconia, Taman Scientex (Barat Laut); dan berhadapan dengan Politeknik Johor Bahru (PJB).

Taman ini merangkumi beberapa buah rekabentuk rumah dan harga yang berbeza, iaitu Intan, Berlian, Delima dan Zamrud. Intan adalah kelompok rumah berwarna kuning lembut, beratap merah, dibina paling awal, terletak di hadapan pintu masuk utama TCM, bersebelahan dengan deretan kedai runcit, kedai makan dan stesen minyak Petronas di bahagian barat.

Berlian pula adalah kelompok rumah berwarna putih, beratap ungu, dibina di seberang jalan utama kelompok rumah Intan. Di Berlian juga terdapat sebuah surau milik TCM di atas sebuah bukit kecil. Selain itu, Berlian juga satu-satunya kelompok rumah yang mempunyai dua buah taman permainan kanak-kanak dan padang kecil untuk beriadah.

Manakala Delima adalah kelompok rumah berwarna kuning lembut dan beratap merah. terbahagi kepada tiga kelompok iaitu pertama (Delima 1) terletak di tengah-tengah TCM (tingkap 'louvres' boleh laras dan pintu masuk kayu bertombol).

Kedua (Delima 2) menghadap jalan utama serta kawasan perumahan Cahaya Baru di bahagian utara (tingkap berbingkai aluminium dan 3 panel sliding doors). Ketiga (Delima 3) adalah sekelompok rumah kos sederhana yang luas dan mempunyai tingkap berbingkai aluminium + pintu masuk kayu bertombol + 3 panel sliding doors dan mempunyai padang yang luas di tengah-tengahnya.

Pada tahun 2007, TCM telah membina kelompok rumah fasa baru (Fasa 5C) dikenali Zamrud yang mempunyai persamaan yang hampir sama rekabentuk dan keluasan (14'x22') dengan kelompok rumah Delima (utara). Zamrud terletak jauh sedikit dengan pintu masuk utama TCM tetapi kenderaan dari Kota Masai akan melihat Zamrud terlebih dahulu sebelum Intan.

Lokasi Zamrud sebenarnya adalah di antara kawasan belukar (hutan kecil) / dua buah kawasan perkuburan / PJB. Apapun Zamrud tidak menghadap ketiga-tiga kawasan ini secara langsung kerana dihalang oleh sebuah bukit kecil (kawasan perkuburan) dan belukar (PJB).

Kemudahan/infrastruktur[sunting | sunting sumber]

Antara kemudahan-kemudahan yang terdapat di TCM ialah Surau An-Nur, 3 blok deretan rumah kedai, stesen minyak Petronas, padang permainan, tangki air, loji kumbahan dan rangkaian jalur lebar TMnet Streamyx. TCM juga mempunyai sebuah Persatuan Penduduk dan Rukun Tetangga yang aktif. Pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh persatuan ini dan TCM pernah terpilih menjadi lokasi pertandingan 'mountain-bike' yang menggunakan tempat permulaan dan akhir di hadapan Surau An-Nur dan hutan belukar bersebelahan kelompok rumah Berlian.

Selain itu, beberapa destinasi pelancongan boleh didapati di kawasan Pasir Gudang dan Masai seperti Festival Layang-Layang Antarabangsa di Bukit Layang-Layang, Perlumbaan Kereta dan Motor di Litar Pasir Gudang (Johor Circuit), Taman Pertanian Kong Kong, Restoran Makanan Laut di Kong Kong dan Pasir Putih, dan Pantai Pasir Layar. Destinasi pelancongan terbaru di Pasir Gudang ialah Sarang Buaya di Tanjung Langsat. Manakala pusat membeli-belah terkemuka di sini ialah Kompleks Pasir Gudang (UO), Econsave di Taman Scientex, Kipmart di Masai, Todays dan Tesco di Bandar Seri Alam. Restoran makanan segera seperti Kentucky Fried Chicken (KFC) / Pizza Hut di Taman Bukit Dahlia dan Taman Cahaya Masai (hadapan PJB) dan McDonalds Drive-Thru di Petronas Bandar Pasir Gudang dan Bandar Seri Alam.

Penginapan hotel yang berdekatan dengan TCM ini ialah Rose Cottage Taman Nusa Damai, TS Hotel Taman Scientex dan Hotel Selesa Pasir Gudang. Pasir Gudang juga mempunyai banyak kemudahan kesihatan seperti Poliklinik Pasir Gudang, Klinik Desa Kong Kong, Klinik Desa Pasir Putih, Hospital Penawar di bandar Pasir Gudang dan Hospital Pakar Regency di Bandar Seri Alam serta klinik-klinik swasta yang lain. Untuk keselamatan setempat, terdapat sebuah Balai Polis Taman Scientex yang berhampiran.

Selain itu, kemudahan pendidikan rendah, menengah dan pengajian tinggi juga banyak terdapat sekitar TCM seperti SK Taman Cahaya Masai, SK Kopok, SK Cahaya Baru, SK Pasir Gudang (1),SK Pasir Gudang (2),SK Pasir Gudang (3),SK Pasir Gudang (4), SK Kota Masai (1),SK Kota Masai (2), SMK Pasir Gudang (1),SMK Pasir Gudang (2),SMK Pasir Gudang(3), Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Masai,SMK Kota Masai (2),SMK Penggawa Timur, SJK(C) Masai, SJK(C) Nam Heng Baru, SJK(T) Pasir Gudang dan institusi tinggi seperti Politeknik Johor Bahru (PJB) dan Kolej Komuniti Pasir Gudang. Terdapat juga cawangan kampus Universiti Kuala Lumpur (UniKL MITEC) di Bandar Seri Alam.

Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) dari Senai hingga ke Pasir Gudang telahpun siap dibina dan boleh digunakan. Jika siap sepenuhnya pada tahun 2010, lebuh raya ini akan menghubungkan terus dari Senai hingga ke Desaru (melalui jambatan baru)