Taman Centennial, New South Wales

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Taman Centennial
Sydney, NSW
Centennialpark.JPG
Taman Centennial
Poskod: 2021
Lokasi: km tenggara Sydney CBD
LGA: Bandar raya Sydney, Bandar Randwick
Daerah Negeri: Sydney
Bahagian Persekutuan: Sydney
Subbandar di sekitar Taman Centennial
Paddington Woollahra Bondi Junction
Taman Moore Taman Centennial Taman Queens
Kensington Randwick Randwick

Taman Centennial merupakan sebuah kawasan besar taman di Subbandar Timur Sydney di negeri New South Wales, Australia. Taman Centennial terletak 4 kilometer di tenggara Sydney central business district, di Bandar Randwick.[1]

Taman Centennial juga merupakan sebuah kawasan perumahan subbandar, di pinggiran taman ini, yang merupakan sebahagian kawasan kerajaan tempatan di bandar raya Sydney.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kerajaan bermula merancang untuk taman perayaan pada 1886 dan meluluskan suatu Akta Parlimen pada tahun berikutnya. Sesetengah rancangan grandiose untuk kawasan ini seperti sebuah muzium dan sebuah bangunan konvensyen kebangsaan, tidak pernah dirancangkan.

Taman Centennial didedikasi oleh Sir Henry Parkes pada Januari 1888 untuk merayakan 100 tahun penelokaan Eropah di Australia dan dijelaskannya sebagai 'secara empati taman rakyat'. Gabenor-Jeneral, Tuan Hopetoun mendedikasikan taman 'untuk penduduk New South Wales selamanya'.[2]

Tanah ini terdahulunya ditepikan oleh Gabenor Lachlan Macquarie untuk meragut rumput dan stok perairan. Kolam-kolam di selatan, digelar Lachlan Swamps, dinamakan dalam kehormatannya dan adalah bekalan air utama dari 1830 ke 1880. Air dibawa ke Taman Hyde melalui sebuah terowong digelar Busby's Bore, selepas penciptanya John Busby (1765-1857). Terowong mengkhidmati keperluan Sydney sehingga skema Nepean membuatnya berlebihan pada 1880s. Pada 1851, ia adalah suatu adegan pertengkaran di antara Ketua Menteri pertama New South Wales, Sturt Donaldson, dan Surveyor-General, Thomas Mitchell. Kedua-dua lelaki itu survived to fulfil tugas mereka.

Pada masa yang lebih kini, taman telah mengongsi berita buruk dan publisitinya. Pada Februari 7th, 1986, Sallie-Anne Huckstepp didapati mati tenggelam di Kolam Busby. Ia dianggap bahawa dia dibunuh oleh seorang penjenayah terkenal Sydney, Neddy Smith, teteapi dia tidak disabit salah. The Sydney Morning Herald menjelasnya sebagai seorang "moll samseng 32 tahun, penagih heroin dan pelacur yang terlibat dengan penjenayah Sydney yang sangat terkenal dan meniup wisel pada polis yang tidak jujur."[3] Huckstepp bukanlah satu-satunya orang yang dibunuh dalam taman. Salah seorang penduduk berseorangan didapati suatu pagi dengan kepalanya dibelasah.

Taman[sunting | sunting sumber]

Taman Centennial adalah 2.20 kilometre persegi pada luasnya (terdahulunya lebih besar), ditadbirkan oleh agensiAmanah Taman Centennial & Taman Moore, a NSW Government. Ia meliputi pelbagai rupa bumi, dari tanah lembap dan tasik hiasan ke panjangan rumput dan padang bermain, ke hutan pain dan tempatan. Kawasan ini terdahulunya tanah paya, dikenali sebagai Paya Lachlan. Ia terletak bersebelahan dengan ruangan awam besar, Taman Moore. Ia adalah salah satu taman termasyhur Australia dan disenaraikan di Pendaftar Estet Kebangsaan.[4]

Peringatan Persekutuan

Peringatan Persekutuan yang terdiri dari Batu Komonwel (1901) dan Astaka Persekutuan (1988) adalah penting sebagai tempat majlis rasmi untuk menandakan Persekutuan Australia and the inauguration of the Komonwel Australia pada 1 Januari 1901. [5]

Peringatan Persekutuan, direka bentuk oleh Alexander Tzannes, didirikan sekitar 'Batu Komonwel' sebagai peringatan ke Persekutuan, di Tahun Bicentennial pada Penelokaan Eropah pada 1988. Bangunannya direnovasi dan plak ditampat untuk merayakan Seratus tahun Persekutaan Australia pada 1 Januari 2001.

Persiaran Grand

Persiaran Grand adalah jalan utama bulatan melalui taman. Jarak panjangnya adalah 3.8km dan adalah sebahagian dari balapan Sydney Marathon, yang digunakan sewaktu Olimpik Musim Panas 2000. Persiaran dibahagikan ke lima bulatan sepusat, dengan trek yang luarnya digunakan untuk penaiki basikal atau pejalan kasut roda, keempat terbesar untuk persiaran kereta, ketiga untuk tempat letak kereta dan banyak pokok, kedua adalah laluan kecil untuk jalan kaki, dan juga digunakan untuk lari, yang terkecil adalah trek kotor untuk tunggang kuda.

Bujuran McKay

Terletak di bahagian terbarat taman, ia adalah tempat sendiri Sekolah Menengah Lelaki Sydney untuk pertandingan Rugby Union, Bola sepak dan Kriket, di Persaingan Sekolah Awam. Apabila disewakan ke Sekolah Menengah Lelaki Sydney pada 1929, ia adalah sebuah paya disemak oleh batu. Selepas paya itu dinyalirkan, batu-batunya dialihkan oleh kebanyakannya para pelajar, yang untuk latihan warmup mereka harus mencari sepuluh batu. Isu penyaliran masih wujud ke hari ini, sewaktu mana adanya hujan lebat, pertandingan sukan musim sejuk diletakkan di tempat lain atau dibatalkan. Pertendingan kriket di mana-mana selalu dibatalkan sewaktu hujan renyai. Bujuran utama kini dikelilingi oleh pagar putih kecil, di mana juga adalah sempadan untuk permainan kriket, walaupun penonton untuk sukan musim sejuk dibenarkan dalam sempadan ini dan dibenarkan untuk duduk berhampiran dengan padang, sekitar 5 meter.

Dibina bersebelahan adalah Astaka Fairland, kawasan tuan rumah untuk beberapa makan tengah hari dan minum petang, juga tempat kanteen, bilik tukar baju, papan skor, the hosting area for various lunches and afternoon teas, also the location of the canteen, changerooms, scoreboard, pertolongan cemas, dan bilik stor untuk bulk peralatan sukan.

Perumahan[sunting | sunting sumber]

Bahagian perumahan Taman Centennial terletak di pinggiran barat taman dan mencirikan sesetengah rumah bersejarah di blok besar.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Gregory's Sydney Street Directory, Gregory's Publishing Company, 2007
  2. The Book of Sydney Suburbs, Frances Pollon (Angus and Robertson) 1990, p.57 ISBN 0-207-14495-8
  3. Sydney Morning Herald, July 12-13 2008, p.24
  4. The Heritage of Australia, Macmillan Company, 1981, p.2/60
  5. Federation Monument, Centennial Park, NSW Profile
  6. Suatu Panduan Gambaran untuk mengenali Seni Bina Australia, Apperly (Angus dan Robertson) 1994, p.141
  7. The Heritage of Australia, Macmillan Company, 1981, p.2/66

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Mapit-AUS-suburbscale