Taman KLCC

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Taman KLCC
Jenis Taman awam
Lokasi Kuala Lumpur, Malaysia
Dikendalikan oleh KLCC Properties
Status Dibuka sepanjang tahun

Taman KLCC ialah taman awam yang terletak di kawasan KLCC, Kuala Lumpur, Malaysia. Taman ini direka untuk menyediakan suasana kehijauan kepada Menara Berkembar Petronas dan kawasan-kawasan sekelilingnya.

Rekabentuk[sunting | sunting sumber]

Taman ini direka oleh Roberto Burle Marx, dikatakan sebagai usaha terakhir yang dilakukan oleh jurubina berbangsa Brazil itu.[1]. Adalah dikatakan ketika mereka taman ini, beliau cuma ada satu hajat iaitu "meninggalkan dunia yang lebih peka sedikit dan lebih terdidik sedikit mengenai kepentingan alam semula jadi".[2]

Taman ini direka untuk memperagakan warisan kehijauan tropika dengan menyepadukan ciptaan manusia dengan alam. Taman ini sendirinya menyediakan persekitaran tenang yang berbeza sekali dengan kesibukan sebuah bandaraya utama. Taman ini bercirikan gabungan rekaan buatan manusia seperti simen, perairan dan sifat semula jadi seperti pokok hijau, batu-batan dan kayu-kayan. Unsur-unsur bentuk dan topografi direka untuk menimbulkan ilusi ruang legar. Gabungan pokok, pokok renek dan arca disusun untuk menyerlahkan warna dan bentuk dalam taman.[1]

Pemuliharaan dan biodiversiti diberi pertimbangan dalam pembentukan taman ini. 23 spesimen tumbuhan matang yang jarang ditemui diselamatkan Kelab Lumba Kuda Selangor lalu ditanam di kawasan taman. 1900 pokok tempatan termasuk 66 spesies pokok palma ditanam di taman untuk memupuk biodiversiti. Pokok-pokok tersebut dipilih secara teliti untuk menarik burung-burung tempatan mahupun penghijrah.[1]

Sebuah tasik buatan manusia dibentuk di tengah taman, di hadapan pusat beli-belah Suria KLCC dan Menara Berkembar. Sebatang jambatan 43 meter yang melintasi tasik memudahkan pelawat menikmati pemandangan taman dan menara yang baik.

Ciri-ciri taman[sunting | sunting sumber]

Lake Symphony[sunting | sunting sumber]

Lake Symphony ialah sebuah tasik buatan manusia seluas 10,000 meter persegi (2 ekar) dengan sistem air pancutan berwarna-warni yang boleh diatur cara. Pancutan utamanya boleh memancutkan air setinggi 42 meter (138 ka). Pertunjukan air diadakan setiap hari pada waktu tengah hari dan senja.[1]

Laluan joging dan jalan kaki[sunting | sunting sumber]

Sebatang laluan joging sepanjang 1.3 kilometer (0.81 bt) dipasang dengan bahan EPDM, sejenis bahan kegetahan khas yang direka untuk keselesaan dan keselamatan. Tempat rehat disediakan di sepanjang laluan jalan kaki.

Hiasan perairan[sunting | sunting sumber]

Pelbagai tempat air pancutan, air terjun, lata dan kolam bertabur di sekitar taman.

Taman permainan[sunting | sunting sumber]

Sebuah taman permainan kanak-kanak yang dilengkapi kolam renang awam terletak di sebelah barat taman.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]