Taman Melawati

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Taman Melawati merupakan sebuah bandar yang serba-lengkap yang terletak di pinggir ibu kota Malaysia, Kuala Lumpur. Meskipun menggunakan poskod Kuala Lumpur namun jika dirujuk di dalam peta, Taman Melawati terletak di dalam daerah Gombak, Selangor dan ditadbir oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Kebanyakan daripada selebriti dan ahli politik tempatan menetap di sini. Institut Seni Malaysia (Malaysian Institute of Art) dan juga Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur (International School of Kuala Lumpur) bertempat di sini.

Selain itu, terdapat juga sebuah hospital swasta; iaitu Hospital Servis Damai, sebuah kelab; iaitu kklub (dahulunya dikenali sebagai Melawati Country Club, Club Century Park, Club Century Paradise), sebuah hotel; yang bernama Melawati Times Inn di bandar ini. Zoo Negara juga terletak berdekatan. Salah satu daripada beberapa buah bukit di sini, iaitu Bukit Tabur, merupakan sebuah kawasan pendakian yang terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dan kawasan masuk ke Pintu Empangan Klang Gates juga terletak di bandar ini.

Rumah pengarah Datuk Yusof Haslam dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin juga terletak disini.

Kebolehcapaian[sunting | sunting sumber]

Taman Melawati mempunyai kedudukan yang strategik, iaitu di sepanjang Jalan Lingkaran Tengah Kuala Lumpur 2(MRR2). Ia juga mempunyai pautan ke Kuala Lumpur melalui Jalan Ampang, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur dan Lebuhraya Genting Klang-Pahang. Bandar ini juga boleh diakses melalui pengangkutan awam dengan menggunakan bas 303 RapidKL dari Lembah Keramat, bas 304 Rapid KL dari stesen LRT Wangsa Maju juga dengan menggunakan khidmat Metro bas 191 dari Masjid Jamek dan bas Rapid KL U23 dari Chow Kit

Sekolah Awam[sunting | sunting sumber]

  • Sekolah Kebangsaan Taman Melawati 1
  • Sekolah Kebangsaan Taman Melawati 2
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati
  • Sekolah Rendah Jenis (Tamil) Kebangsaan Taman Melawati

Pautan luar[sunting | sunting sumber]