Taman Mendayung-Berkanu Olimpik Shunyi
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Taman Mendayung-Berkanu Olimpik Shunyi merupaan venue yang baru dibina untuk acara sukan Mendayung, Berkanu dan Berkayak dan acara renang maraton 10 kilometer bagi Sukan Olimpik 2008. Ia terletak di Perkampungan Mapo, Wilayah Shunyi di Beijing.
Kejohanan pertama di venue ini diadakan pada Ogos 2007, setahun sebelum tibanya Sukan Olimpik 2008. Kejohanan Mendayung Junior Dunia, Kanu/Kayak Slalom Terbuka China dan Kanu/Kayak Air Datar Terbuka China telah diadakan pada bulan berkenaan yang merupakan sebahagian siri "Good Luck Beijing" bagi acara sukan[1]. Renang Maraton 10km Olimpik 2 acara kelayakan akan diadakan pada Jun 2008[2].
Maklumat [sunting]
- Keluasan kawasan: 318 500 meter persegi
- Muatan tempat duduk: 1 200
- Tempat duduk sementara: 25 800 (termasuk 10000 berdiri)
- Tarikh dibina: Pertengahan tahun pertama 2005
- Tarikh disiapkan: 28 Julai 2007 [3]