Taman Negara Bandhavgarh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Taman Negara Bandhavgarh
IUCN Kategori II (Taman Negara)
Harimau Benggala di Hutan Simpanan Bandhavgarh
Harimau Benggala di Hutan Simpanan Bandhavgarh
Peta menunjukkan lokasi bagi Taman Negara Bandhavgarh
Peta menunjukkan lokasi bagi Taman Negara Bandhavgarh
Lokasi Madhya Pradesh, India
Bandar terdekat Umaria
Koordinat 23°30′U 80°15′T / 23.5°U 80.25°T / 23.5; 80.25Koordinat: 23°30′U 80°15′T / 23.5°U 80.25°T / 23.5; 80.25
Kawasan 437 km²
Ditubuhkan 1968
Badan pentadbir Jabatan Hutan Madhya Pradesh

Taman Negara Bandhavgarh (Devanagari: बांधवगढ राष्ट्रीय उद्दान, Bahasa Inggeris: Bandhavgarh National Park) ialah salah sebuah taman negara yang masyhur di India, terletak di daerah Umaria di negeri Madhya Pradesh. Bandhavgarh diisytiharkan sebagai taman negara pada tahun 1968 dengan keluasan 105 km², kemudian penyangganya diperluaskan untuk meliputi bahagian-bahagian hutan di daerah Umaria dan Katni sehingga 437 km². Taman ini mendapat namanya sempena anak bukit yang paling menonjol di kawasan tersebut, yang dipercayai merupakan kurniaan pemerintah Hindu Rama kepada adindanya Lakshmana sebagai tempat pemerhatian Lanka (Ceylon), maka namanya Bandhavgarh yang bermaksud "kaki saudara" dalam bahasa Sanskrit.

Taman ini menikmati biodiversiti yang luas sekali. Kependudukan harimau di Bandhavgarh adalah yang paling tumpat yang diketahui di India. Taman ini juga menampung bilangan pembiakan harimau bintang yang banyak, di samping pelbagai spesies rusa. Maharaja Martand Singh dari Rewa menangkap seekor harimau putih di kawasan ini pada tahun 1951. Harimau putih yang bergelar Mohan ini diawet lalu dipamerkan di istana Maharaja di Rewa.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]