Taman Negara Port Campbell

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Port Campbell National Park
IUCN Kategori II (Taman Negara)
Bandar terdekat: Port Campbell
Koordinat: 38°39′02″S 143°03′46″T / 38.65056°S 143.06278°T / -38.65056; 143.06278
Keluasan: 17.5 km²
Diasaskan: 1962
Pihak berkuasa: Parks Victoria
Laman sesawang rasmi: Port Campbell National Park

Port Campbell ialah taman negara yang terletak di Victoria, Australia, kira-kira 190 kilometer pada arah barat daya dari Melbourne.

Ciri[sunting | sunting sumber]

Garis pantai Port Campbell National Park

Port Campbell National Park ialah taman negara terlindung yang terletak di Victoria, Australia, kira-kira 190 kilometer pada arah barat daya dari Melbourne. Ia menonjolkan suatu tatasusunan cenuram yang curam yang menghadap pulau-pulau luar pesisir yang kecil, himpunan batuan, gaung, lengkungan, dan bonggol.[1] Sebagai sebahagian Shipwreck Coast,[2] ia memiliki sebilangan tarikan pelancong, termasuk The Twelve Apostles, London Arch (dahulu digelar London Bridge), Loch Ard Gorge, Gibson Steps, dan The Grotto.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Port Campbell National Park didedikasikan pada 1964 (dengan 700 hektar) bagi melindungi formasi batu kapur di garis pantai yang bersebelahan dengan Great Ocean Road serta juga di kawasan yang berhampiran. Menjelang 1981, taman itu diperluas sehingga 1,750 hektar dan dengan itu, menjangkau dari bahagian timur Curdies Inlet di Peterborough sehingga Point Ronald di Princetown.[1] Pada 2002, Port Campbell Association Professional Fishermen gagal menentang pembentukan sebuah taman negara laut di lokasi The Twelve Apostles,[3] tetapi berpuas hati dengan keputusan Kerajaan Victoria untuk melarang Benaris Energy daripada menjalankan cari gali seismos di tapak yang sama [4] kerana usaha itu dipercayai akan menjejaskan hidupan laut.[5]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 "Port Campbell". The Sydney Morning Herald. Fairfax Digital. 8 Februari 2004. http://www.smh.com.au/news/victoria/port-campbell/2005/02/17/1108500207192.html. Capaian 27 Mei 2010. 
  2. "A vision splendid". www.smh.com.au. John Fairfax Holdings. 23 November 2002. http://www.smh.com.au/articles/2002/11/22/1037697863828.html. Capaian 17 June 2010. 
  3. "Fishermen welcome decision against national park seismic exploration". www.abc.net.au. Australian Broadcasting Corporation. 17 Oktober 2003. http://www.abc.net.au/news/newsitems/200310/s969092.htm. Capaian 17 Jun 2010. 
  4. "Fishermen welcome decision against national park seismic exploration". www.abc.net.au. Australian Broadcasting Corporation. 17 Oktober 2003. http://www.abc.net.au/news/newsitems/200310/s969092.htm. Capaian 17 Jun 2010. 
  5. "Otway Basin seismic survey work set to start". www.abc.net.au. Australian Broadcasting Corporation. 21 Oktober 2003. http://www.abc.net.au/news/newsitems/200310/s971651.htm. Capaian 17 Jun 2010.