Taman Negara Yasuni

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Taman Negara Yasuni
Parque Nacional Yasuní
IUCN Kategori II (Taman Negara)
Peta menunjukkan lokasi bagi Taman Negara Yasuni
Taman Negara Yasuni (hijau gelap)
Lokasi  Ecuador
Pentadbiran Napo dan Pastaza
Koordinat 1°5′0″S 75°55′0″B / 1.083333°S 75.916667°B / -1.083333; -75.916667Koordinat: 1°5′0″S 75°55′0″B / 1.083333°S 75.916667°B / -1.083333; -75.916667
Kawasan 9823 km²
Ditubuhkan 26 Julai 1979
Layang-layang bertenggek di tunggul pokok di tebing Rio Tiputini, Yasuni

Taman Negara Yasuni (Bahasa Sepanyol: Parque nacional Yasuní) terletak di Ecuador dengan keluasan 9,820 km2 antara Sungai Napo dan Curaray di Wilayah Napo dan Pastaza di Ecuador Amazon. Taman negara ini terletak dalam ekokawasan hutan lembap Napo dan sebahagian besarnya merupakan hutan hujan. Taman ini terletak 250 km dari Quito dan menjadi sebuah Rizab Biosfera UNESCO pada 1989. Ia terletak dalam kawasan pusaka tuntutan orang asli Huaorani. Yasuni merupakan rumah kepada dua suku kaum asli tidak dihubungi, Tagaeri dan Taromenane.[1]

Rizab minyak[sunting | sunting sumber]

Taman Negara Yasuni dianggarkan menyimpan 800 juta tong minyak mentah – 20% rizab Ecuador – dalam medan minyak Ishpingo-Tiputini-Tambococha (ITT).[1][2] Pencinta alam sekitar dan ahli sains seperti Jane Goodall, E. O. Wilson dan Stuart Pimm menggesar kerajaan Ecuador membiarkan sumber ini tidak diusahakan.[3] Sebagai tindak balas, Presiden Rafael Correa melancarkan Inisiatif Yasuní-ITT untuk melindungi sumber asli taman ini pada Jun 2007. Ia berjanji membiarkan taman itu tidak terganggu sebagai pertukaran pampasan daripada masyarakat antarabangsa.[4] Tindakan ini akan menghalang 400 juta tan metrik karbon dioksida dibebaskan ke udara, menurut pegawai terbabit.[1] Kerajaan berharap dapat mendapat dana sekurang-kurangnya 50% daripada keuntungan yang akan didapatinya sekiranya minyak itu digali. Secara kesuluruhan, sebanyak AS$3.6 bilion dijangka dikumpul dalam masa 12 tahun.[2] Ketika itu, rancangan ini dipuji pencinta alam sekitar sebagai satu keputusan mewujudkan duluan yang akan mengurangkan beban pemeliharaan alam sekitar terhadap negara lebih miskin di dunia.[1]

Pada Julai 2013, Correa membentuk satu suruhanjaya bagi menilai kemajuan Inisiatif Yasuni-ITT ini. Suruhanjaya tersebut mencapai keputusan hasil ekonomi yang diperolehi tidak mencukupi. Pada 15-16 Ogos, Correa membatalkan rancangan tersebut, menyebut keterusan mendukacitakan daripada masyarakat antarabangsa.[2] "Dunia telah mengecewakan kita", katanya, merujuk kepada hipokrit negara kaya dunia yang mengeluarkan sebahagian besar gas rumah hijau dunia namun mengharap negara sepertinya mengorbankan kemajuan ekonomi demi alam sekitar.[1] Melalui satu arahan eksekutif, beliau mencairkan tabung amanah Yasuni-ITT secara rasmi menamatkan inisiatif ini. Dalam masa enam tahun ia berjalan, cuma $336 juta yang dijanjikan, kata Correa, dan daripada jumlah itu hanya $13.juta yang telah diberikan.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 "Yasuni: Ecuador abandons plan to stave off Amazon drilling", The Guardian, 15 Ogos 2013. Dicapai pada 17 Ogos 2013. 
  2. 2.0 2.1 2.2 2.3 Alexandra Valencia. "Ecuador to open Amazon's Yasuni basin to oil drilling", 16 Ogos 2013. Dicapai pada 21 Ogos 2013. 
  3. Yasuni Rainforest Campaign - Leading Scientists Letter. Saveamericasforests.org (2005-02-14). Dicapai 2013-08-22.
  4. Finer, M., R. Moncel, C.N. Jenkins. 2010. Leaving the Oil Under the Amazon: Ecuador's Yasuní-ITT Initiative., Biotropica 42:63-66.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]