Pusat Pertanian Putra, Universiti Putra Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Selain ladang penanaman, Bukit Ekspo juga diuruskan oleh PPP

Pusat Pertanian Putra (singkatan: PPP), atau lebih dikenali sebagai Taman Pertanian Universiti (TPU), adalah sebuah pusat tanggungjawab di UPM, Serdang. Peranan PPP adalah menguruskan hal ehwal tapak pertanian UPM. Ia memberi perkhidmatan sokongan dalam bidang pertanian dalam usaha jalinan kerjasama strategik dengan pihak agensi dan pemain industri. PPP juga bertindak sebagai pusat fungsi operasi perkhidmatan sokongan pertanian meliputi keseluruhan aktiviti tanaman, ternakan, akuakultur, perkhidmatan dan pengurusan landskap, hiasan majlis rasmi, rekreasi, latihan profesional/perundingan dan pemasaran hasil pertanian.[1]

Visi dan misi[sunting | sunting sumber]

  • Visi: Menjadi entiti sokongan yang terbaik kepada pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan dalam bidang pertanian untuk pelajar dan staf UPM serta masyarakat.
  • Misi: Menyediakan kemudahan terbaik untuk menyokong aktiviti pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan dalam bidang pertanian.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ LATAR BELAKANG, Laman portal Pusat Pertanian Putra.
  2. ^ VISI DAN MISI, Laman portal Pusat Pertanian Putra.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]