Taman Saujana Impian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Taman Saujana Impian adalah sebuah kawasan perumahan yang paling glamour di Kajang selepas Country Heights. Ini adalah kerana kedudukan geografinya yang sangat strategik. Terletak di tengah-tengah kawasan yang begitu pesat dengan pembangunan.

Asal tapak perumahan ini adalah ladang getah yang dikenali sebagai Breamer Estate.

Taman Saujana Impian terbahagi kepada beberapa sektor iaitu

  • Impian Jaya ( Fasa 1 (Teres Dua Tingkat) & Fasa 2 (semi D))
  • Impian Gemilang ( Fasa 3A (semi D) & Fasa 3B (teres Dua tingkat))
  • Impian Indah (Fasa 4 (teres Dua tingkat))
  • Impian Murni (Fasa 5 (teres Dua tingkat))
  • Impian Kasih (Fasa 5 (teres Dua tingkat))
  • Impian Setia (Fasa 5 (teres Dua tingkat))
  • Rumah kedai 3 tingkat
  • Impian Makmur (Fasa 7 ( Apartment kos rendah)
  • Impian Sejati (Fasa 5 (teres Dua tingkat))

Kini Taman perumahan ini telah dikelilingi oleh beberapa pusat membeli belah bertaraf hyper yang terkenal iaitu Pasaraya Econsave, Giant dan Tesco. Manakala jika diteruskan ke arah Semenyih terdapat sebuah lagi pasaraya glamour iaitu Billion.

Jaringan Jalan Raya[sunting | sunting sumber]

Apa yang menarik tentang Saujana Impian ini adalah jaringan lebuhrayanya yang serba lengkap menghubungkan penduduknya ke semua destinasi di Malaysia dengan mudah dan Efisyen. Penduduk di Saujana Impian mempunyai pilihan Lebuhraya berikut;

  • PLUS Highway
  • Lebuhraya Damansara Puchong (LDP)
  • Lebuhraya KESAS
  • Grand SAGA
  • Sistem Lingkaran Kajang (SILK)
  • KASEH - Kajang Seremban Highway yang dalam pembinaan

Selain jaringan lebuhraya tersebut, kedudukan Saujana Impian bersebelahan dengan Padang Golf Impian Golf & Country Club turut menambahkan lagi glamournya kawasan ini. Selain Padang permainan Golfnya yang besar dan antara yang terbaik di Malaysia, rekabentuknya juga menjadi daya penarik. Terdapat 18 buah lubang kesemuanya (Par 72)termasuk Saujana Impian Driving Range bersebelahan dengan Impian Gemilang. Padang Golf ini telah direkabentuk oleh Ross C. Watson & Tze To Kok Yia

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua sekolah kebangsaan dan dua sekolah menengah kebangsaan di kawasan Saujana Impian, iaitu :

Beberapa tadika yang ternama dan glamour juga terdapat di kawasan ini, iaitu Smart Reader Kids (03 8737 7757)yang merupakan pemegang Superbrands dan mempunyai certifikasi ISO, Q Dees dan Smart Learn.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Terdapat tiga buah surau di Saujana Impian, iaitu:

  • Surau Saujana Impian. Terletak bersebelahan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, surau ini juga turut menjalankan sembahyang Jumaat pada setiap minggu. Terdapat pendapat yang menyatakn surau merupakan antara surau tercantik di Daerah Ulu Langat dan setanding masjid-masjid di Kajang.
  • Surau Impian Gemilang di kawasan Impian Gemilang.
  • Surau di Apartment Impian Makmur

Manakala kariah Masjid adalah Masjid Jamek Pekan Kajang dan Masjid Sekolah Agama Persekutuan