Taman Sinar Harapan Jitra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Taman Sinar Harapan Jitra merupakan salah satu Taman Sinar Harapan yang disediakan oleh kerajaan di Malaysia yang terletak di Jitra, Kuala Lumpur.

Perkhidmatan ini terbuka kepada Orang Kurang Upaya yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan disyorkan oleh pegawai perubatan atau pakar perubatan. Ia terbuka kepada warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.

Taman Sinar Harapan Jitra menawarkan jagaan bagi orang kurang upaya yang berusia antara 0 -14 tahun bagi kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan.Taman Sinar Harapan Jitra menawarkan jagaan bagi orang kurang upaya yang terlantar dan tidak boleh dilatih diterima masuk di sini. Mereka juga perlu bebas dari sebarang penyakit berjangkit.

Objektif Taman Sinar Harapan[sunting | sunting sumber]

  • Memberi jagaan , perlindungan dan pemulihan kepada Orang Kurang Upaya bermasalah Pembelajaran yang terbiar, yatim piatu, tidak mempunyai penjaga dan yang memerlukan latihan pemulihan.
  • Memberi latihan pengurusan diri atau latihan aktiviti kehidupan seharian supaya mereka ini dapat melakukan sendiri tanpa bantuan orang lain.
  • Memberi latihan pra – vokasional supaya mereka boleh hidup berdikari.
  • Memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi atau bergaul dengan kawan –kawan, masyarakat atau orang lain melalui aktiviti –aktiviti sosial dan sebagainya.
  • Memberi latihan kemahiran sosial dan mendapatkan kerjasama dari badan –badan sukarela bagi tujuan integrasi dengan masyarakat.

Hubungan[sunting | sunting sumber]

Taman Sinar harapan terletak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan maklumat lanjut boleh di dapati di:-