Taman Tasik Perdana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Taman Tasik Perdana

Taman Tasik Perdana (Bahasa Inggeris: Lake Gardens; Bahasa Cina: 湖滨公园) terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Tasik ini terletak di sebelah kiri Jalan Mahameru menuju ke bangunan Parlimen Malaysia. Nama Tasik Perdana dipilih kerana berhampiran dengan kediaman bekas Perdana Menteri Malaysia ke-2, Allahyarham Tun Abdul Razak.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tasik ini merupakan sebuah bekas lombong bijih timah pada zaman penjajahan British. Ketika itu lombong ini diusahakan pelombong bijih timah menggunakan lombong palung. Setelah jumlah bijih timah berkurangan, lombong ini tinggal terbiar dan dimajukan sebagai sebuah tasik rekreasi.

Aktiviti[sunting | sunting sumber]

Kawasan sekitarnya telah dijaga dengan rapi dengan menanam pelbagai spesis pokok hiasan. Trek joging, kerusi rehat, Panggung Anniversari, gelanggang permainan dan lain-lain telah disediakan di sini.

Lake Gardens merupakan kawasan rekreasi yang menarik pengunjung tempatan dan antarabangsa. Antara lokasi yang menarik di sekitar Lake Gardens ialah:

  1. Tugu Negara
  2. Panggung Anniversari
  3. Muzium Negara
  4. Planetarium Negara
  5. Galeri Seri Perdana - dahulunya kediaman Allahyarham Tun Abdul Razak.
  6. Taman Bunga Raya
  7. Taman Orkid
  8. Taman Burung Kuala Lumpur

GAMBAR