Taman Teknologi Tinggi Senai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Taman Teknologi Tinggi Senai (SHTP) terletak di Senai, selatan Johor. Ia merupakan taman perindustrian berteknologi tinggi swasta pertama manakala Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) di Kedah merupakan projek kerajaan.[1] 300 kilang mampu dibina di taman ini.[2]

Pada 4 September 2009, MMC Corporation Bhd. (MMC) menyatakan syarikat itu mendapat kelulusan untuk memajukan Taman Teknologi Tinggi Senai.

Unit Perancang Ekonomi (EPU) menyediaan bantuan untuk pembangunan infrastruktur taman ini agar dapat menarik pelabur sebagaimana Taman Teknologi Tinggi Kulim di Kedah. Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) akan memastikan kejayaan Taman Teknologi Tinggi Senai sebagai taman perindustrian berteknologi tinggi kedua negara. Ia berhampiran dengan Singapura dan wilayah Iskandar Malaysia. Lapangan Terbang Antarabangsa Senai hanya beberapa minit sahaja dari sini. Johor mempunyai semua kemudahan seperti lapangan terbang, pengangkutan kargo, kompleks dan pelabuhan. Pusat membeli-belah Aero Mall dibina berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail di Senai.

Fokus utama ialah industri penerbangan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) termasuk reka bentuk litar integrasi, pembuatan berteknologi tinggi, perubatan bio dan bioteknologi, industri solar serta tenaga boleh baru. Ia lengkap dengan pusat perubatan swasta, sekolah antarabangsa, hotel dan pusat beli belah bebas cukai.[3]

Pelabur[sunting | sunting sumber]

Pusat suria dibangunkan oleh syarikat dari China dengan kos RM1.7 bilion . Memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani antara Senai High Tech Park Sdn. Bhd. (SHTP) dengan EQ Solar Technology International Sdn. Bhd. (EQ Solar) dan MOX Linde Gases Sdn. Bhd. (MOX Linde). EQ Solar akan membina kemudahan pengeluaran mono crystalline dan polycrystalline solar modules di kawasan seluas 10 hektar (25 ekar) di SHTP.

MOX Linde akan membina kemudahan pengeluaran gas perindustrian bersepadu dan gudang barangan elektronik gas khas seluas dua hektar (lima ekar) di SHTP.

Rujukan[sunting | sunting sumber]