Taman Ular dan Reptilia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Taman Ular dan Reptilia ialah sebuah tempat pelancongan yang terletak di Kangar, negeri Perlis, Malaysia. Terdapat lebih 150 ekor ular daripada 34 spesies di taman ini, dengan 25 spesies ular tempatan dan sembilan spesies luar negara, seperti ular Sawa, ular Tedung Selar dan ular Kapak.[1] Terdapat juga haiwan lain seperi biawak air, iguana dan buaya tembaga. Taman ini ialah taman ular yang terbesar di Asia Tenggara.[2]

Bersebelahan dengan Taman Ular dan Reptilia ini terletak Taman Herba.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Taman ini bermula sebagai sebuah pusat penyelidikan yang dibangunkan Kementerian Kesihatan pada 1978 bagi menghasilkan penawar bisa ular. Ia kemudian diambilalih oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perlis dan dikomersialkan sebagai tarikan pelancongan.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ TAMAN ULAR DAN REPTILIA Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Kangar
  2. ^ a b Mohd Sharumnisham Shahbudin (2012/05/02). "Taman ular Perlis". myMetro. Dicapai pada 14 Julai 2014. Check date values in: |date= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]