Taman Wangi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Taman Wangi (Bahasa Arab:

الروض العاطر في نزهة الخاطر‎) tulisan Muhammad ibn Muhammad al-Nafzawi ialah sebuah buku panduan seks dan hasil karya kesusasteraan erotik. Judul penuh buku tersebut ialah Taman Wangi Bagi Keseronokan Hawa Nafsu (al-rawd al-'âtir fî nuzhati'l khâtir).

Buku tersebut memaparkan pandangan-pandangan mengenai kualiti-kualiti yang patut dimiliki oleh lelaki dan wanita yang menjadikan orang lain tertarik dengan mereka, memberi nasihat-nasihat mengenai teknik-teknik seks, memberi amaran mengenai kesihatan seks, dan resepi-resepi bagi mengubati penyakit-penyakit seks. Ia menyenaraikan nama-nama bagi zakar dan faraj. Ia juga memuatkan satu fasal mengenai tafsir mimpi dan secara ringkas menerangkan seks di kalangan haiwan. Semua ini diselangi dengan sejumlah cerita-cerita yang dimaksudkan untuk memberi konteks dan hiburan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • The Perfumed Garden of Sensual Delight, Muhammad ibn Muhammad al-Nafzawi, diterjemahkan oleh Jim Coville, 1999, Kegan Paul International, ISBN 0-7103-0644-X, 82 halaman.
  • La prairie parfumée ou s'ébattent les plaisirs, Umar Ibn Muhammad Nafzawi [sic], diterjemahkan oleh Rene R. Khawam, 1976, ISBN 2-85940-005-2.
  • The Perfumed Garden, Shaykh Nefwazi [sic], diterjemahkan oleh Sir Richard Francis Burton, 1886. Ulangcetak termasuklah:

Templat:Sex