Taman laut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Taman laut ialah kawasan perairan laut yang dilindungi, biasanya untuk melindungi dan memulihara pelbagai habitat dan hidupan marin akuatik. Taman laut terbesar ialah Taman Laut Terumbu Sawar Besar di Australia, seluas 350,000 km².

Isi kandungan

[sunting] Malaysia

Di Malaysia, taman laut ialah kawasan perairan laut yang dizonkan sejauh 2 batu nautika dari tikas air surut terendah. Tetapi Pulau Kapas di Terengganu, Pulau Kuraman, Pulau Rusukan Besar dan Pulau Rusukan Kecil di Labuan yang dizonkan sejauh 1 batu nautika dari tikas air surut terendah.

Kegiatan menangkap ikan dilarang sama sekali di dalam kawasan Taman Laut dan menjadi satu kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985. Ini termasuklah memancing, menjaring, pukat, bom ikan, tuba dan sebagainya.

[sunting] Bayaran

RM 5.00 dikenakan kepada orang dewasa, pesara, wargatua (55 tahun dan ke atas), penuntut dan murid sekolah dikenakan caj sebanyak RM 2.50. Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun adalah percuma. Bayaran ini digunakan bagi penyelenggaraan taman marin ini. Pengunjung akan diberi tiket .Setiap tiket adalah sah bagi tempoh tiga (3) hari, dari tarikh ianya digoreskan, di semua Taman Laut Malaysia kecuali Taman Laut Pulau Payar. Tempoh sah tiket di Taman Laut Pulau Payar adalah satu hari sahaja .

[sunting] Pengurusan

Taman laut diuruskan oleh Jabatan Taman Laut Malaysia, di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Jabatan ini menubuh, mentadbir dan mengurus Taman-taman Laut Malaysia. Unit Taman Laut ditempatkan di tiap-tiap negeri yang mempunyai Taman Laut.

Mulai 16 Julai 2007, Seksyen Taman Laut menubuhkan Jabatan Taman Laut Malaysia dengan 154 kakitangan.

[sunting] Senarai taman laut

  1. Taman Laut Pulau Payar
  2. Taman Laut Pulau Kapas di Terengganu
  3. Taman Laut Pulau Kuraman
  4. Taman Laut Pulau Rusukan Besar
  5. Taman Laut Pulau Rusukan Kecil di Labuan
  6. Taman Laut Pulau Tinggi
  7. Taman Laut Pulau Redang, Terengganu
  8. Taman Laut Pulau Tioman
  9. Taman Laut Pulau Perhentian

[sunting] Rujukan

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain