Tambunan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Daerah Tambunan
Lokasi bandar dan daerah Tambunan
Geografi
Status Daerah
Asal nama Tamadon, Gombunan
Negara  Malaysia
Negeri  Sabah
Daerah Daerah Tambunan
Keluasan 134,540 hektar

Daerah Tambunan ialah sebuah kawasan tanah tinggi yang terletak di Bahagian Pedalaman, Sabah, timur Malaysia di kepulauan Borneo. Ia terletak 81 km dari Kota Kinabalu, pada ketinggian 1000 m di Banjaran Crocker. Dianggarkan terdapat 19, 760 penduduk pada tahun 1991, dan kebanyakan daripada penduduk ini ialah daripada Kaum Dusun. Daerah ini di kelilingi oleh sawah padi dan 70 buah perkampung.

Terletak ke timur daerah ini ialah Gunung Trus Madi (2462 meter),merupakan gunung kedua tertinggi di Malaysia selepas Gunung Kinabalu.

Di daerah ini juga menempatkan sebuah tugu seorang pahlawan Sabah berketurunan Bajau, Mat Salleh, seorang yang menjadi penentang semasa penjajahan British di Tanah Melayu pada akhir kurun ke 19. Pengunjung boleh mengetahui lebih lanjut tentang pahlawan ini di tugu yang terletak di uatara daerah Tambunan.

Kampung-kampung di daerah Tambunan[sunting]

  1. Kampung Sunsuron
  2. Kampung Kinabaan
  3. Kampung Tontolob
  4. Kampung Pantai
  5. Kampung Kipaku
  6. Kampung Kepayan Baru
  7. Kampung Kepayan Lama
  8. Kampung Tombotuon
  9. Kampung Tibabar
  10. Kampung Botung
  11. Kampung Tampasak Liwan
  12. Kampung Tonop
  13. Kampung Kirokot
  14. Kampung Sandapak
  15. Kampung Pomotodon
  16. Kampung Lintuhun
  17. Kampung Dabata
  18. Kampung Noudu
  19. Kampung Papar
  20. Kampung Tondulu
  21. Kampung Dalungan
  22. Kampung Mogong
  23. Kampung Monsok
  24. Kampung Timbou
  25. Kampung Mangi Pangi
  26. Kampung Tangaban
  27. Kampung Kuyungon
  28. Kampung Lotong
  29. Kampung Kitou
  30. Kampung Kaingaran
  31. kampung Karanaan

Gunung-gunung di daerah Tambunan[sunting]

  1. Gunung Trusmadi
  2. Gunung Wakid
  3. Gunung Panampakan
  4. Gunung Ginivisan

Pautan luar[sunting]