Tampoi, Johor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tampoi ialah sebuah bandar di selatan Johor, Malaysia pada koordinat 1° 29' 0" Utara, 103° 42' 0" Timur. Antara tempat berhampiran ialah Johor Bahru, Taman Perling, Bandar Baru Uda, Taman Pelangi, Taman Skudai Baru, Bandar Selesa Jaya, Taman Nesa, Taman Ungku Tun Aminah dan lain-lain.

Di sini terdapat Taman Tampoi Indah, Taman Tampoi Utama, Kampung Baru Tampoi, Kampung Pasir, Kawasan Perindustrian Taman Johor, Kawasan Perusahaan Tampoi, Taman Johor, Taman Perindustrian Tanah Tampoi dan Hospital Permai. Hospital Permai Tampoi menempatkan dan merawat pesakit mental dari selatan Semenanjung Malaysia.