Tan Hock Leong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datuk Tan Hock Leong adalah ahli politik Malaysia berketurunan Cina yang juga adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk Pulau Pinang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).Beliau juga adalah timbalan speaker DUN Pulau Pinang. [1]

Datuk

Tan Hock Leong
Anggota Dewan Undangan Pulau Pinang
untuk Machang Bubuk
Dalam jawatan
2008–2013
Didahului oleh Toh Kin Woon
Digantikan oleh Lee Khai Loon
Majoriti4,080 (2008)
Butiran peribadi
Parti politik (-2013)
BEBAS (2013-kini)

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional, dengan majoriti sebanyak 4,080 undi. Beliau memperolehi 11,002 undi berbanding lawannya Lee Kah Choon memperolehi hanya 6,922 undi.[2]

Keluar daripada PKR[sunting | sunting sumber]

Selepas digugurkan oleh PKR sebagai calon dalam pilihan raya umum Malaysia ke-13 beliau mengambil keputusan untuk meletakkan segala jawatan yang disandangnya dalam parti dan keluar parti. Beliau bertanding sebagai calon bebas dan mempertahankan kerusi beliau iaitu Machang Bubuk.

Beliau berhadapan dengan calon PKR Lee Khai Loon, calon BN, KITA dan 2 calon bebas. Beliau bagaimanapun hanya memperolehi 172 undi berbanding calon PKR yang menang dengan 19,080 undi yang mengakibatkan beliau hilang deposit.

Rujukan[sunting | sunting sumber]