Tan Lian Hoe

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat Datuk
 Tan Lian Hoe

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Penjawat kini
Mula berkhidmat 
18 Mac 2008

Ahli Parlimen
untuk P54 Gerik, Perak
Penjawat kini
Mula berkhidmat 
8 Mac 2008

Parti politik BN-100px.jpg Barisan Nasional - Parti Gerakan Rakyat Malaysia
Pekerjaan Menteri Kabinet, Ahli Parlimen


Datuk Tan Lian Hoe merupakan seorang ahli politik wanita Malaysia berbangsa Cina dari Parti Gerakan Rakyat Malaysia yang juga Ahli Parlimen Grik dan memegang jawatan Timbalan Menteri Penerangan Malaysia kemudian Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan . Di peringkat akar umbi Beliau merupakan ketua wanita Parti Gerakan.[1]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Beliau berasal dari negeri Melaka dan memiliki ijazah Pengajian Melayu dari Universiti Malaya dan pernah bertugas sebagai guru sebelum menyertai parti Gerakan sejak 1973.[2]

Pilihan raya 2004[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, Parti Progresif Rakyat ingin bertanding di Negeri Perak. Selepas berunding dengan parti ahli Barisan Nasional lain, akhirnya mereka diberikan kawasan Parlimen Taiping dengan M. Kayveas sebagai calon. Namun kawasan ini pada asalnya ditandingi oleh Parti Gerakan. Sebagai ganti, UMNO "meminjamkan" kawasan Bukit Gantang yang merupakan kawasan Melayu kepada Parti Gerakan. Tan Lian Hoe dihantar mewakili Parti Gerakan untuk bertanding di sana dan beliau berhasil menang.

Namun selepas itu, UMNO menyuarakan hasrat untuk bertanding di Bukit Gantang sekali lagi. Tan Lian Hoe pula ingin bertanding di kawasan Taiping dalam pilihan raya umum seterusnya, namun Kayveas tegas ingin kekal di Taiping. Akhirnya Tan Lian Hoe diberikan buat sementara bagi Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 kawasan parlimen Lenggong oleh UMNO Perak, satu kawasan yang majoritinya pengundi Melayu. Tetapi pada hari keesokannya, pihak UMNO berubah fikiran dan "meminjamkan" kawasan Gerik kepadanya. Kawasan ini juga kebanyakan pengundinya berbangsa Melayu. Tan Lian Hoe bertanding di sini dan sekali lagi menang.

Dalam barisan Kabinet Malaysia 2008, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Penerangan Malaysia . Dalam rombakan kabinet, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan .

Pilihan raya Malaysia 2008[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Tan Lian Hoe bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Gerik , negeri Perak. Tan Lian Hoe telah menang dengan mendapat undi sebanyak 12526.

Calon lawan ialah Mohd Noor Bin Abdul Rahman dari PAS, mendapat 6,953 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 78 %. Undi rosak sebanyak 649.


Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Melayu juga pendatang[sunting | sunting sumber]

Semasa perasmian Persidangan Perwakilan Pemuda dan Wanita Gerakan ke-21 , Tan Lian Hoe menyamakan asal-usul setiap kaum di negara ini. Tan juga dikatakan mempertikai status orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini dalam sebuah rancangan terbitan sebuah stesen televisyen berbayar.

Presiden Penaja Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) Mohd Khairul Azam Abdul Aziz membuat laporan polis di Balai Polis Pudu pada jam 11.30 pagi 21 Oktober 2008 ditemani anggota exco GGM Nik Rizman Sapian. Seolah-olah asal usul kaum-kaum di negara ini(Melayu, Cina dan India ) adalah sama, serta menyatakan ketidakwajaran sesuatu kaum mendapat hak istimewa melebihi kaum lain.[3]Berdasarkan sejarah Nusantara, bangsa Melayu meliputi kepulauan Filipina, Tanah Jawa sehingga ke Selatan Thai dan melangkau ke negara Yunan.Bangsa Melayu mula tegak sebagai sebuah kerajaan berdaulat apabila terbentuknya kerajaan Langkasuka/(Kedah) dan Kesultanan Melayu Melaka di samping banyak lagi kerajaan Melayu di kepulauan Nusantara.Tan tidak sepatutnya mempersoalkan status orang Melayu sebagai masyarakat pribumi negara ini kerana Umno tidak pernah sesekali mengungkit asal usul masyarakat lain. [4] Pada 22 Oktober 2008, di Dewan Rakyat, Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) dan Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) turut meminta penjelasan dari Tan Lian Hoe.[5]Akan tetapi di dalam sidang akhbarnya, beliau menjelaskan bahawa beliau tidak menghina atau mempersoalkan hak masyarakat Melayu dalam ucapannya pada 10 Oktober 2008, tetapi ucapannya itu telah disalahtafsirkan. Beliau berkata mesej yang terkandung dalam ucapannya itu adalah untuk mengingatkan pemimpin politik atau NGO supaya tidak mempolitikkan isu perkauman memandangkan Malaysia sebuah negara berbilang kaum dan tindakan seperti itu akan merosakkan perpaduan kaum.[6]

Gesa Koh Tsu Koon berundur[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Oktober 2011 dalam Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan 2011 , Tan Lian Hoe menyalahkan Presiden Parti, Dr Koh Tsu Koon yang lemah dan terlalu berlembut. Demi survival parti, Koh hendaklah tidak bertanding dalam PRU13 nanti. Sebaliknya menumpukan usaha untuk menguatkan jentera parti.[7] Majlis Anggota Seumur Hidup (LMC) Gerakan juga menggesa Dr Koh lebih tegas memimpin parti.Ketua Pemuda Gerakan Lim Si Pin

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]