Tan Seng Giaw

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dr Tan Seng Giaw merupakan ahli politik Malaysia dari parti DAP dan kini menjadi Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan dan Pengerusi DAP Kepong. Beliau merupakan Ahli Parlimen Kepong sejak 1982. Dr Tan lahir di Kota Bharu , Kelantan pada 26 Mei 1942. Setelah duduk di Parlimen pada 2008, beliau menjadi calon pembangkang pada jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, tatkala ditumbangkan Wan Junaidi Tuanku Jaafar, ahli parlimen BN Sabah.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau fasih dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Mandarin termasuk Jawi.[1] Beliau belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hwa, Kota Bharu, Kelantan dan Sekolah Menengah Chung Ling, Pulau Pinang. Beliau mendapat Sarjana Muda dan Kedoktoran dari Universiti Leeds, England. Selepas itu menjadi pakar dermatologi dengan kelulusan M.B.ChB. (Leeds), M.D. (Leeds). Beliau merupakan pengasas Persatuan Pelajar Cina Universiti Leeds dan turut dilantik sebagai presidennya pada sesi 1965 hingga 1966.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Isterinya Oon Hong Geok, seorang pakar kanak-kanak. Dua anaknya adalah doktor, masing-masing dalam pediatrik dan geriatrik.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah bertugas sebagai doktor pakar di Angkatan Tentera Malaysia pada tahun 1970 hingga 1972. Sebagai seorang doktor pakar kulit, beliau membuka klinik bersama-sama dengan isterinya Oon Hong Geok, seorang pakar kanak-kanak.

Politik[sunting | sunting sumber]

Tahun 1976 beliau membantu Tan Sri Dr Tan Chee Khoon untuk berkhidmat di Kepong. Beliau menjadi Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP sejak 2004. Pada 1987 - 1988, beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negari dalam Operasi Lalang. Berikutan itu beliau menulis buku The First 60 Days mengenai pengalaman dalam tahanan ISA.

Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bandar Klang pada tahun 1982 dan DUN Kajang pada tahun 1990.

Parlimen Kepong mempunyai banyak taman kediaman, pusat perniagaan dan kilang kecil dan sederhana. Jalan Kepong sepanjang 4 kilometer, dari Jalan Kuching ke Jejambat Kepong (MRR2), memperolehi dua pasar raya besar dan lebih 20 cawangan bank. [2]

Alamat beliau ialah di 12 Jalan SS3/76, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Telelefon 03-7955 4733 .Laman web beliau ialah di Tan Seng Giaw. Email beliau ialah joonpin@pc.jaring.my

Rujukan[sunting | sunting sumber]