Tan Chow Kang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Tan Show Kang)
Yang Berhormat Encik

Tan Chow Kang

AMK. BKM. JP.
Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
Dalam jawatan
10 Mac 2010 – ????
Didahului olehTan Wei Shu
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat Cina
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
Dalam jawatan
10 Mac 2010 – ????
Didahului olehTan Wei Shu
Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
Dalam jawatan
10 Mac 2010 – ????
Didahului olehTan Wei Shu
Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah
untuk Sidam
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 5 Mei 2013
Didahului olehFong Chok Gin
Digantikan olehRobert Ling Kui Ee
Majoriti
Butiran peribadi
Lahir陈楚江
(1942-11-17) 17 November 1942 (umur 81)
Parti politik
Parti Rakyat Malaysia (PRM)

Yang Berhormat Encik Tan Joon Long @ Tan Chow Kang atau Tan Show Kang (Bahasa Cina: 陈楚江; lahir 17 November 1942) ialah seorang ahli politik Malaysia daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan N29 Sidam yang terletak dalam kawasan parlimen Sungai Petani, Kedah Darul Aman dari tahun 2008 sehingga tahun 2013.

Dalam pilihan raya umum Malaysia 2008, beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional, Fong Chok Gin dengan majoriti sebanyak 3,618 undi. Beliau memperolehi 9,470 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 5,852 undi.[1]

Pada Mac 2010, beliau dilantik menjadi EXCO negeri Kedah dalam satu rombakan EXCO lantas menggantikan Tan Wei Shu (PKR Bakar Arang). Beliau memegang porfolio Alam Sekitar dan Hal Ehwal Masyarakat Cina.[2]

Beliau bertanding dalam Pilihan raya umum Malaysia 2018 di bawah Parti Rakyat Malaysia (PRM) bagi kerusi Nibong Tebal namun kalah dengan undian sebanyak 55 daripada keseluruhan 26,666 orang pengundi.[3][4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "N29 Sidam: P15 - SUNGAI PETANI". undi.info. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-29. Dicapai pada 18 Mei 2020.
  2. ^ Bernama (21 Februari 2013). "Azizan, 10 anggota exco Kedah angkat sumpah". Malaysiakini.com. Dicapai pada 18 Mei 2020.
  3. ^ "N20 Sungai Bakap: P47 - NIBONG TEBAL". undi.info. Dicapai pada 18 Mei 2020.
  4. ^ "TAN CHOW KANG". PRU di Sinar. Dicapai pada 18 Mei 2020.