Tan Tee Beng
| Yang Berhormat Tan Tee Beng |
|
![]() |
|
|
|
|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat 8 Mac 2008 |
|
| Didahului oleh | Datuk Zainal Abidin Osman (BN) |
|---|---|
| Majoriti | 3,087 |
|
|
|
| Parti politik | Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) |
| Pekerjaan | Ahli Parlimen |
Tan Tee Beng merupakan merupakan ahli politik berketurunan Cina Malaysia yang merupakan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Pulau Pinang Bebas yang mana sebelum 1 Mac 2010 adalah bekas ahli Parti Keadilan Nasional.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Datuk Zainal Abidin Osman dengan majoriti sebanyak 3,087 undi. Beliau memperolehi 20,210 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 17,123 undi.
Bapa Tan, Datuk Tan Gim Hwa, merupakan seorang ahli pengasas parti Gerakan (sebuah parti komponenBarisan Nasional),[1] dan beliau sendiri merupakan bekas ahli pergerakan pemuda parti Gerakan[2]
Sebelum meyertai politik, Tan adalah seorang broker saham. Beliau mendapat Sarjana Muda Perundangan dari Middlesex University.[3]
Mengkritik Lim Guan Eng [sunting]
Pada 12 Februari 2010, beliau turun menyokong tindakan Zulkifli Noordin ([[PKR],Kulim -Bandar Baharu) dan Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim(PKR,Bayan Baru) yang mengritik kepimpinan dan pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng. Zahrain melabel Lim sebagai mengelarkan Lim sebagai diktaktor, cauvinis dan berminda komunis. Tan mengutuk Setiausaha Agung DAP itu "pemimpin yang tiada kelas" kerana meminggirkan pemimpin PKR dalam membuat keputusan di Pulau Pinang. Peruntukan juga tidak disalurkan kepada wakil-wakil rakyat PKR.[4]
Parti Politik [sunting]
Pada 1 Mac 2010, beliau mengumumkan keluar parti dan menjadi Ahli Parlimen bebas.[5] Beliau selepas itu merupakan salah seorang dari lima bekas ahli-ahli parlimen PKR untuk membentuk blok wakil rakyat bebas yang dinamakan Konsensus Bebas di parlimen.[6] Tan kemudian mengumumkan menyertai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) pada 24 Februari 2011.[7]
Rujukan [sunting]
- ↑ "Following in dad’s footsteps", 21 January 2008. Dicapai pada 31 December 2009.
- ↑ "Gerakan veep slams party leadership over show-cause letter", 3 June 2009. Dicapai pada 31 December 2009.
- ↑ "Tech junkie", 25 March 2008. Dicapai pada 31 December 2009.
- ↑ "Saya Pening - Ahli Parlimen Nibong Tebal", MStar.com, 12 Februari 2010.
- ↑ "MP Nibong Tebal keluar PKR, jadi bebas", Malaysiakini.com, 1 Mac 2010.
- ↑ "Lima bekas MP PKR bentuk Konsensus Bebas", The Malaysian Insider, 07 Jun, 2010.
- ↑ "MP Nibong Tebal masuk parti KITA", Malaysiakini.com, 24 Februari 2011.
