Tan Wei Shu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tan Wei Shu
Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah
untuk Bakar Arang
Dalam jawatan
2008–2013
Digantikan oleh Simon Ooi Tze Min
Majoriti1,330 (2008)
Butiran peribadi
Parti politik (-2010)
(Bebas) (2010-kini)
PekerjaanADUN

Tan Wei Shu merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan N28 Bakar Arang yang terletak dalam kawasan parlimen Sungai Petani, Kedah Darul Aman adalah ADUN Bebas dari bekas Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dalam pilihan raya umum negara ke-12 pada 2008, beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional, Soon Kok Wah dan calon Bebas Lim Kok Long dengan majoriti sebanyak 1,330 undi. Tan Wei Shu memperolehi 10, 489 undi berbanding Soon Kok Wah 9,159 undi dan calon Bebas memperolehi hanya 287 undi.

Keluar parti PKR[sunting | sunting sumber]

Pada 15 April 2010, beliau keluar meninggalkan parti PKR menjadi Adun Bebas. Pada 10 Mac 2010, beliau digugurkan dari EXCO negeri Kedah dalam satu rombakan exco oleh Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak. Datuk Seri Azizan Abdul Razak menggantikan tempat beliau dengan Tan Show Kang (PKR Sidam).

Tan Wei Shu mendakwa beliau dipermain-mainkan oleh pemimpin partinya. Orang lain bermuka dua dan lidah bercabang.[1] DUN Kedah mempunyai 26 kerusi dengan 22 daripada dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Ketua PJKR Kedah Johari Abdul dikatakan sering menghentam prestasinya sebagai exco.[perlu rujukan]

Sebelum ini 9 wakil rakyat Pakatan Rakyat dan menjadi Adun Bebas. Mereka Osman Jailu (Changkat Jering, Perak), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang, Perak), Muhammad Radzhi Salleh (Lunas, Kedah). Ahli parlimen PKR yang mengisytiharkan diri sebagai Bebas ialah Datuk Zahrain Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai, Perak) dan Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu, Kedah).[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]