Tan panjang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tan kasar beralih ke sini. Untuk ukuran isi padu nautika, sila lihat tanan.

Tan panjang (bahasa Inggeris: long ton (L/T)), kekadang dikenali sebagai tan kasar (gross ton), tan berat (weight ton), atau tan imperial (imperial ton), ialah nama untuk unit yang dipanggil "tan" dalam sistem ukuran Avoirdupois atau imperial, sebagaimana digunakan di United Kingdom dan banyak negara-negara Komanwel yang lain. Ia adalah sama dengan 2,240 paun (tepat sama dengan 1,016.0469088 kilogram).

Tan panjang telah digantikan dengan tan metrik, tetapi masih digunakan secara terhad di Amerika Syarikat, khususnya untuk mengukur sesaran kapal. Ia merupakan unit yang ditetapkan untuk kapal perang (umpamanya, kapal-kapal perang yang dihadkan pada 35,000 tan) dalam perjanjian-perjanjian antarabangsa antara kedua-dua Perang Dunia.

Tan piawai dalam sistem ukuran Amerika Syarikat ialah tan pendek yang sama dengan 2,000 paun (tepat sama dengan 907.18474 kg). Kedua-dua tan panjang dan tan pendek ditakrifkan sebagai 20 ratus berat, akan tetapi satu ratus berat ialah 112 paun (sama dengan 8 ston) dalam sistem imperial (ratus berat panjang atau kasar) dan 100 paun dalam sistem Amerika Syarikat (ratus berat pendek atau bersih).

Satu tan-daya panjang ialah 2,240 paun-daya (9,964 newton).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]