Tanah runtuh Bukit Kanada 2009

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Tanah Runtuh Bukit Kanada 2009)

Pada 16 Januari 2009, kejadian tanah runtuh berlaku di tebing Bukit Kanada, Miri, Sarawak.

Kesan[sunting | sunting sumber]

  • Dua pekerja (seorang warganegara Malaysia dan warganegara Indonesia) di sebuah stesen minyak di Jalan Pujut telah maut akibat ditimbus runtuhan tanah. Mayat kedua-dua mangsa telah ditemui pada pukul 1.50 petang ketika operasi pencarian dilakukan yang bermula pada 6.30 pagi.

Stesen minyak yang terbabit dalam kejadian itu terletak berhampiran lereng Bukit Kanada dan beroperasi sejak 20 tahun lalu.[1]

  • Seramai 20 penduduk daripada enam keluarga terjejas akibat tanah runtuh di lereng bukit namun telah ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Dewan Serbaguna Kampung Lereng Bukit.[2]
  • Kejadian tanah runtuh ini juga turut mengakibatkan bekalan elektrik di sebuah perkampungan berdekatan terputus beberapa jam.

Punca[sunting | sunting sumber]

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Jamaluddin Ibrahim menyatakan punca kerana hujan lebat sejak beberapa hari dan menyebabkan pergerakan tanah berlaku.Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Tanah dan Survei akan melakukan siasatan dan laporan akan diserahkan kepada Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr George Chan Hong Nam yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak. Lereng bukit di situ dikategorikan mudah terhakis, khususnya apabila hujan masih berterusan . George Chan merupakan pengerusi parti SUPP dan Adun Piasau yang dulunya dikenali dengan nama parlimen Miri .

Pengerusi jawatankuasa pengurusan bencana bahagian Miri, Datuk Ose Murang meminta penduduk yang tinggal di Bukit Kanada dan di lereng bukit pindah jika mengesan tanda-tanda tanah runtuh. Penempatan yang terlibat ialah Kampung Haji Wahed, Kampung Lereng Bukit dan Pujut Padang Kerbau Satu. 3 dari 10 buah rumah di Kampung Pujut Tanjung Batu dalam keadaan bahaya. Pusat pemindahan dibuka di bangunan Persatuan Bulan Sabit Merah, Miri.

Tindakan susulan[sunting | sunting sumber]

Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai mahu segala aktiviti mengorek tanah di puncak Bukit Kanada dihentikan kerana akan mewujudkan bahaya kepada penduduk di tiga buah kampung yang terdapat di atas bukit.[3][4][5]

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah membuat kajian dan mendapati kawasan sekitar Bukit Kanada tidak lagi sesuai untuk didiami kerana mampu membahayakan penduduk terutama ketika musim tengkujuh. Oleh itu, pemindahan penduduk telah dilakukan secara ansuran dan penduduk diberi penempatan baru.[6]

2018[sunting | sunting sumber]

Satu usaha oleh Kementerian Kerja Raya Malaysia telah dilakukan iaitu menghantar pakar bagi menjalankan kajian tanah runtuh di laluan pelancongan menuju ke Muzium Sains Petroleum di Bukit Kanada.

Menurut Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, kajian akan dilakukan oleh pakar tersebut bagi mengenal pasti kaedah pembaikpulihan yang sesuai menangani masalah itu. Usaha untuk mengkaji tanah runtuh itu telah dipersetujui oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusuf.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]