Tanah runtuh Bukit Antarabangsa 2008

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tanah runtuh Bukit Antarabangsa 2008 adalah sebuah peristiwa kejadian tanah runtuh yang telah berlaku pada 6 Disember 2008 di kawasan Bukit Antarabangsa, Ulu Klang, Selangor, Malaysia. Empat orang terkorban dan 15 yang lain cedera di samping 14 buah rumah banglo ranap dalam tragedi tanah runtuh di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama, yang berlaku kira-kira jam 3.50 pagi (waktu Malaysia). Tragedi itu berlaku kira-kira 1.5 kilometer dari kawasan tragedi Highland Towers yang runtuh pada 11 Disember 1993. [1]

Kronologi[sunting | sunting sumber]

  • 7 Disember 2008:[6][7][8]
    • Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mula memasang jambatan taktikal empat lorong bagi membolehkan kenderaan penduduk yang terperangkap keluar dari lokasi tanah runtuh Bukit Antarabangsa selepas jalan penghubung di sekitar kawasan berhampiran terputus.
    • Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban.
    • Menurut pihak bomba dan penyelamat, tanah runtuh itu dipercayai berpunca daripada pergerakan air bawah tanah. [9]
  • 8 Disember 2008:[10][11][12]
    • Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa diberhentikan setelah pengesahan tiada lagi mangsa yang terperangkap atau tertimbus dalam kejadian itu dibuat berdasarkan ketiadaan petunjuk lain. Akan tetapi, operasi SAR akan tetap dilaksanakan namun ia melibatkan bantuan pencarian dokumen penting terhadap pemilik rumah masing-masing.
    • Cebisan daging yang dikesan oleh anjing pengesan Jabatan Bomba dan Penyelamat disahkan sebagai bangkai anjing peliharaan oleh Ketua Polis Selangor, Dato' Khalid Abu Bakar.
    • Jambatan taktikal yang dibina oleh pihak tentera siap dibina dan sedia dilalui oleh kenderaan. Tenaga Nasional Berhad pula berjaya memulihkan bekalan elektrik kepada kira-kira 1,500 rumah yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh itu.
    • Beberapa pimpinan PAS yang turut membuat lawatan ke lokasi kejadian sejak hari pertama, iaitu Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli; AJK PAS Pusat, Dr Lo' Lo' Ghazali; Ketua Penerangan Muslimat Pusat, Athirah Aiman al-Jundi; Exco kerajaan negeri Selangor, Dato' Hassan Mohd Ali, Dr Halimah; Iskandar Abdul Samad; Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Salehin Mukhyi; dan Ketua Amal Malaysia, ustaz Jamsari Marsom.
    • Penduduk di sekitar kawasan tanah runtuh Bukit Antarabangsa diminta membuat laporan polis sekiranya rumah yang mereka kosongkan telah dipecah masuk.
  • 9 Disember 2008:[13]
    • Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan pihak kerajaan menyediakan penempatan sementara kepada mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa sama ada mangsa ditempatkan di hotel atau tempat lain yang lebih sesuai.
  • 10 Disember 2008:[14][15]
    • Jalan raya yang menjadi laluan alternatif itu sesak yang mengakibatkan ratusan kenderaan terkandas selama satu jam. Penghuni kediaman berhampiran lokasi kejadian mengambil peluang untuk memindahkan barang serta kenderaan masing-masing.
    • Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membenarkan usul tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dan aspek pembangunan di lereng bukit dibahaskan di Dewan Rakyat.
  • 13 Disember 2008:[16]
    • Nilai semasa hartanah di lokasi tanah runtuh Bukit Antarabangsa dianggarkan menurun kepada kira-kira 50 peratus daripada harga sebelum tragedi tanah runtuh yang mengorbankan empat nyawa itu.

Laporan siasatan[sunting | sunting sumber]

pada 25 November 2009, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menulis surat kepada beliau bagi memohon laporan mengenai kejadian tanah runtuh di kawasan itu tidak lagi diklafikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972. Permohonan itu dibuat MPAJ selepas Jabatan Kerja Raya (JKR) menyerahkan laporan teknikal berkenaan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, yang kemudian mahu ia didedahkan kepada orang ramai.

Pada 5 disember 2009, Laporan Siasatan Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa akhirnya dibenarkan dibaca oleh orang ramai. Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor membenarkan MPAJ mendedahkan laporan itu walapun sebelum ini ia dikategorikan amat sulit. Tindakan kerajaan meluluskan permohonan itu bukan kerana ia sudah tersebar dalam internet, tetapi sebaliknya keputusan itu diputuskan mengikut prosedur yang ditetapkan. [17]


Pasca Tanah Runtuh[sunting | sunting sumber]

Saman tiga keluarga[sunting | sunting sumber]

Pada 8 September 2010, tiga keluarga iaitu memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap syarikat pemaju, Superview Development Sdn Bhd, dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) kerana kecuaian berhubung tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada 2008.


Datuk Amanullah Mohamed Yusoof, Harveen Kaur Balbhir Singh dan K Thanarajah mefailkan saman secara berasingan.Mereka menuntut ganti rugi di antara RM1.5 juta dan RM2.2 juta.[18]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 "4 mati, 14 cedera, 1 hilang", Utusan Malaysia Online, 06-12-2008. Dicapai pada 11-12-2008. 
  2. "4 maut, tanah runtuh di Bkt Antarabangsa", Malaysiakini.com, 06-12-2008. Dicapai pada 27-01-2009. 
  3. "Four Killed, One Still Feared Buried In Bukit Antarabangsa Landslide", Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), 06-12-2008. Dicapai pada 27-01-2009. 
  4. "Penduduk apartmen berhampiran tanah runtuh diarah berpindah", Utusan Malaysia Online, 06-12-2008. Dicapai pada 27-01-2009. 
  5. "Tanah runtuh: 3,000 penduduk diarah berpindah", Malaysiakini.com, 06-12-2008. Dicapai pada 27-01-2009. 
  6. "ATM mula pasang jambatan taktikal empat lorong", Utusan Malaysia Online, 07-12-2008. Dicapai pada 27-01-2009. 
  7. "Tragedi Bukit Antarabangsa: 4 terkorban, seorang masih hilang", HarakahDaily.Net, 07-12-2008. Dicapai pada 27-01-2009. 
  8. "PAS rakam takziah, desak batalkan pembangunan lereng bukit", HarakahDaily.Net, 07-12-2008. Dicapai pada 27-01-2009. 
  9. Empat Terkorban, Seorang Masih Hilang Dalam Kejadian Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa, Bernama.com
  10. "Penduduk diminta buat laporan polis", Utusan Malaysia Online, 08-12-2008. Dicapai pada 27-01-2009. 
  11. "Bukit Antarabangsa: Operasi dihentikan,tiada lagi mangsa", HarakahDaily.Net, 08-12-2008. Dicapai pada 27-01-2009. 
  12. "Bukit Antarabangsa: Bukan mangsa tapi bangkai anjing", HarakahDaily.Net, 09-12-2008. Dicapai pada 27-01-2009. 
  13. "Sediakan penempatan sementara – Muhyiddin", Utusan Malaysia Online, 09-12-2008. Dicapai pada 27-01-2009. 
  14. "Jalan sesak penghuni pindah barang", Utusan Malaysia Online, 10-12-2008. Dicapai pada 27-01-2009. 
  15. "Dewan Rakyat bahas tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa", Utusan Malaysia Online, 10-12-2008. Dicapai pada 27-01-2009. 
  16. "Nilai semasa hartanah Bukit Antarabangsa menjunam 50 peratus", Utusan Malaysia Online, 13-12-2008. Dicapai pada 27-01-2009. 
  17. "MPAJ Boleh Dedah Laporan Siasatan Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa", Bernama.com, 5 Disember 2009.
  18. "Tanah runtuh: Keluarga saman pemaju, SYABAS", Malaysiakini.com.8 September 2010