Tanah runtuh Hulu Langat 2011

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tragedi tanah runtuh Hulu Langat 2011 terjadi pada 21 Mei 2011 jam 2.20 petang (waktu tempatan) di sebuah premis di Batu 14 Jalan Cheras, Hulu Langat, Selangor, Malaysia.[1] Lokasi ini kira-kira 25 kilometer dari Kuala Lumpur dan 10 kilometer dari bandar Kajang. Penghuni Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa terperangkap apabila berlaku tanah runtuh di belakang asrama mereka, selepas hujan lebat, menyebabkan 25 orang penghuninya tertimbus, kebanyakannya anak-anak yatim di bawah umur 18 tahun.

Setelah operasi penyelamatan selesai, didapati seramai 16 orang maut dan sembilan lagi cedera dalam kejadian ini.[2] Mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang dan Hospital Kajang.

Kejadian[sunting | sunting sumber]

Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa terletak di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal (FELCRA Semungkis)[1], daerah Hulu Langat, Selangor[3] (di timur Kuala Lumpur), iaitu kawasan luar bandar berbukit yang terdedah kepada tanah runtuh. Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ketika ditanya mengenai kejadian ini, Datuk Shahrizat Abdul Jalil, rumah anak yatim berkenaan itu tidak berdaftar di bawah mana-mana agensi di bawah Kementeriannya atau mana-mana kementerian lain.[4] Tanah runtuh itu berlaku pada jam 2.20 petang[1], dan setakat ini dilaporkan rumah anak yatim inilah sahaja bangunan penting yang ditimbus oleh tanah runtuh tersebut.

Usaha mencari dan menyelamat dimulakan pada 2.45 petang[5], 25 minit selepas kejadian tanah runtuh berlaku. Sepanjang operasi ini, didapati seramai 16 orang anak yatim dan penjaga yang maut dan sembilan lagi terselamat dengan kecederaan.[2] Operasi menyelamat berakhir setelah mangsa terakhir dikeluarkan dari tempat kejadian pada 5.30 pagi keesokannya.[5] Operasi susulan dimulakan pada 8 pagi, 22 Mei, untuk meninjau lokasi sekitar kawasan tragedi dan pembersihan sisa runtuhan bagi memastikan tiada lagi mangsa yang terperangkap.[5]

Kerja-kerja mencari dan menyelamat dilakukan oleh 754 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM), pasukan SMART, tentera 4 Divisyen, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan St. John Ambulans. Kerja-kerja mencari agak mudah kerana lokasi mangsa berdekatan antara satu sama lain.[6]

Pensyarah Geoteknik dan Pengangkutan, Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Madya Ir. Azman Kassim menyatakan punca tanah runtuh berlaku akibat hujan dalam kuantiti yang banyak dalam tempoh 24 jam. Tanah cerun dan jenis tanah berkeladak turut mempercepatkan runtuhan tanah.[7]

Senarai mangsa[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah senarai mangsa yang meninggal dunia dan yang terselamat[2][8](kesemua mereka anak yatim melainkan dinyatakan sebaliknya, dan usia masing-masing):

Mangsa yang terkorban (semua di tempat kejadian):

  1. Mohd Kamarul Amizan, 11
  2. Nurahimi Rosdi, 14
  3. Dzahir Haziq M. Muin, 11
  4. Ahmad Lokman Hakim, 11
  5. Farid Ibrahim, 34 (penjaga)
  6. Mohd Azret Azahari, 8
  7. Wan Ahmad Hasril Hazim, 19
  8. Zahid Assawal Zamri, 19
  9. Mohd Mustakim Mamat, 12
  10. Mohd Naerzein M. Nor, 8
  11. Mohd Aiman Abdullah, 10
  12. Shahrul Nurimran Adnan, 9
  13. Mohd Zaim Azahawi, 14
  14. Mohd Imal Fahad, 9
  15. Mohd Riezman Ab Latif, 9
  16. Mohd Hazim Sapri, 10

Mangsa yang terselamat:

  1. Aizat Khusairi, 12
  2. M. Allaudin Sobri, 14
  3. M. Syatiq Ibrahim, 21 (penjaga)
  4. Khairul Anuar Nasri, 9
  5. M. Harris Izuddin Sharul, 11
  6. Zulkhairi Aminuddin
  7. Izzuddin Abdullah
  8. Izuan Zakaria, 33 (penjaga)
  9. Mohd Akmal Mohd Jefri, 10

Solat Jenazah dan pengebumian[sunting | sunting sumber]

Seramai 7 orang jenazah daripada 16 jenazah yang terkorban telah selamat disolatkan di Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah, pekan Batu 14, Hulu Langat, Selangor. Solat Jenazah telah dimamkan oleh Imam 1, Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah iaitu Imam Shahrunnizam Muhammad Sukarman, 43. Lebih 500 jemaah sebahagian besar dari ahli keluarga, waris, kariah masjid dan penduduk setempat telah bersama-sama menyolatkan ketujuh-tujuh si mati (Kosmo 23/5/11 muka 2).

Berikut adalah senarai 7 orang jenazah yang disolatkan di Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah;

  1. Dzahir Haziq M. Muin, 11
  2. Mohd Azret Azahari, 8
  3. Wan Ahmad Hasril Hazim, 19
  4. Mohd Mustakim Mamat, 12
  5. Mohd Zaim Azahari, 14
  6. Mohd Imal Fahad, 9
  7. Mohd Hazim Sapri, 10

Dalam pada itu, selepas selesai sesi menyolatkan semua jenazah, jenazah kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding untuk dikebumikan (The Sun 23/5/11 muka hadapan). Semua jenazah dikebumikan dalam satu liang lahat. Majlis pengebumian diakhiri dengan penimbusan kembali tanah dan bacaan talkin oleh Imam 1 Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah. Semua ahli keluarga terdekat turut menyempurnakan siraman air dan menabur kuntuman bunga sebagai penghormatan terakhir buat jenazah.

Menurut, Imam Imam Shahrunnizam Muhammad Sukarman, 43, beliau merasakan damai apabila membaca talkin buat keseluruh jenazah yang beliau imamkan ini, berbeza dengan kebiasaan, beliau merasa hiba apabila membuat upacara talkin kepada simati yang lain.(Kosmo 23/5/11 muka 2).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 "Antara 20 Hingga 30 Anak Yatim Dipercayai Tertimbus Di Ulu Langat". SelangorKini. 2011-05-21. Diperoleh pada 2011-05-22. 
  2. 2.0 2.1 2.2 "Tanah runtuh: Senarai nama mangsa". The Malaysian Insider. 2011-05-22. Diperoleh pada 2011-05-22. 
  3. Tanah runtuh: 24 orang tertimbus, 5 mati, Malaysiakini, 21 Mei 2011. Dicapai pada 22 Mei 2011.
  4. Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Kampung Gahal, Hulu Langat tidak berdaftar dengan JKM - Sharizat Bernama
  5. 5.0 5.1 5.2 Operasi di lokasi tanah runtuh diteruskan, Berita Harian, 22 Mei 2011. Dicapai pada 22 Mei 2011.
  6. Tanah runtuh: 16 terbunuh, 9 selamat Malaysiakini
  7. Hujan berterusan punca tanah runtuh Utusan Malaysia
  8. Senarai mangsa tragedi tanah runtuh Berita Harian