Tanah runtuh di ladang teh Bandung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tanah runtuh di ladang teh Bandung berlaku pada 22 Februari 2010 di ladang teh , daerah Bandung,selatan Jakarta, Indonesia.Ramai terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Desa Tenjolaya, Pasirjambu, Bandung, Jawa Barat itu.[1]

Seramai 33 orang termasuk pekerja terbunuh dan 11 yang lain masih hilang tertimbus, di mana 47 berada di ladang, 15 di pejabat dan 10 di kilang. Pegawai Kementerian Kesihatan Bandung, Ahmad Kustiadi memberitahu stesen radio, ElShinta.[2] Antara yang turut rosak ialah masjid, pejabat, kilang dan pusat kesihatan masyarakat.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dihentikan pada 1 Mac 2010. Ketua Pusat Informasi Data dan Perhubungan Awam Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Priyadi Kardono menyatakan operasi dihentikan kerana fizikal jenazah yang tertimbus tanah selama itu telah rosak dan dikhuatiri menyebarkan penyakit jika diangkat.Cuaca buruk sering menyebabkan operasi SAR terpaksa dihentikan beberapa kali.Bacaan doa bersama dan solat jenazah ghaib turut diadakan.

Majlis daerah Bandung dan pihak syarikat ladang teh itu cuba menyediakan kawasan penempatan baru untuk 936 penduduk yang rumah mereka mengalami kerosakan atau berada berhampiran kawasan tanah runtuh.


Bandung terkenal dengan Gunung Tangkuban Perahu dengan kawah gunung berapi yang masih aktif. Kawasan air panas semulajadi di Sari Ater. Pangalengan pula mempunyai suhu dingin dan terkenal dengan ladang teh. Pesawat kecil biasanya mendarat di Lapangan Terbang Hussein Sastranegara.

Rujukan[sunting | sunting sumber]