Tanaman tunggal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tanaman tunggal ialah amalan perladangan menanam hanya satu jenis tanaman pada satu kawasan atau tanah, tanpa pusingan tanaman lain. Jagung, kacang soya, dan gandum adalah tanaman yang biasa menggunakan teknik tanaman tunggal. Walaupun ia mendatangkan hasil yang baik di awal penanaman, lama kelamaan tanah akan rosak kerana kehilangan nutrien yang cepat akibat penanaman tanaman yang sama.