Tangga gerak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tangga gerak di stesen Copenhagen Metro, Denmark, 2007.

Tangga gerak atau eskalator ialah sejenis peranti pengangkutan penyampai yang mengangkat penumpangnya dari tingkat ke tingkat dalam sesebuah bangunan. Alat ini terdiri daripada serantaian anak tangga pacuan motor yang bergerak ke atas atau bawah dalam satu landasan, sementara mata tangga kekal mendatar.

Tangga gerak digunakan di seluruh dunia untuk mengangkut pejalan kaki di tempat-tempat yang tidak sesuai dipasang lif. Antara tempat-tempat yang menggunakannya termasuk gedung serbaneka, pusat beli-belah, lapangan terbang, stesen keretapi, pusat konvensyen, hotel, dan bangunan awam.

Tangga gerak banyak sekali faedahnya, seperti berupaya mengangkut ramai orang, boleh dipasang dalam ruang yang boleh dimuatkan tangga, tiada masa menunggu (kecuali bilangan terlalu ramai), berguna untuk membawa orang ke arah pintu keluar atau pameran istimewa, dan juga boleh dikaliscuacakan untuk kegunaan luar bangunan.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: