Tanggam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tanggam
Tanggam pada bangunan

Tanggam adalah cara penyambungan kayu yang bertakuk-takuk supaya dapat dihu­bungkan rapat-rapat serta kukuh.

Tanggam boleh dikategorikan kepada empat jenis dengan beberapa subjenis lagi iaitu:

  • Tanggam melebar
    • Tanggam glu gesel, tanggam penetap, tanggam lidah dan lurah serta tanggam tetingkat
  • Tanggam siku
    • Tanggam temu, tanggam rencong dan tanggam bajang
  • Tanggam pemidang
    • Tanggam lekap, tanggam kekang, tanggam penetap dan tanggam lubang dan puting
  • Tanggam memanjang
    • Tanggam skaf, tanggam plat sambut, tanggam sambung jari dan tanggam sambung lekap

Walaupun tidak perlu, bahan pencantuman dan pemasangan seperti paku, gam, skru, bolt dan nat boleh digunakan untuk mengukuhkan lagi tanggam yang dibina. Peralatan seperti ragum meja kayu, apit G dan apit panjang pula perlu semasa membuat tanggam dan mencantum bahagian-bahagian tanggam.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]