Tangki pengimbang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kedudukan tangki pengimbang.

Tangki pengimbang (Bahasa Inggeris: ballast tank) merupakan satu bahagian di dalam bot atau kapal yang menyimpan air. Sesebuah kapal mempunyai tangki pengimbang tunggal berhampiran pusatnya atau beberapa tangki pengimbang di kedua-dua belah badan kapal. Sebuah kapal yang besar biasanya memiliki beberapa tangki pengimbang termasuk tangki tapak ganda, tangki sisi, dan tangki depan dan belakang.

Fungsi utama tangki pengimbang ialah untuk merendahkan pusat graviti dan meningkatkan drauf kapal. Pusat graviti yang rendah penting untuk kestabilan kapal dan peningkatan drauf diperlukan untuk menenggelamkan bebaling yang menjana daya tujah untuk kapal.

Sebuah tangki pengimbang boleh diisi atau dikosongkan untuk melaras daya imbang. Kapal yang direka khusus untuk membawa jumlah kargo yang besar mesti mengambil air pengimbang untuk kestabilan yang bersesuaian apabila belayar dengan muatan sedikit, dan membuang air pengimbang apabila dimuatkan penuh dengan kargo.

Tangki pengimbang juga digunakan untuk operasi kapal selam. Untuk aktiviti penyelaman, air akan dimasukkan ke dalam tangki pengimbang bagi menghilangkan keapungan kapal selam, dan akan dikeluarkan semula apabila kapal selam hendak ditimbulkan. Sebuah kapal selam boleh memiliki beberapa jenis tangki pengimbang:

  • Tangki pengimbang utama - tangki utama yang digunakan untuk penyelaman dan penimbulan.
  • Tangki-tangki mentrim - digunakan untuk melaras trim kapal di permukaan air dan di dasar laut.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Konsep asas tangki pengimbang boleh diperhatikan dalam banyak hidupan air seperti ikan buntal, dan konsep ini dicipta dan diulang cipta beberapa kali untuk pelbagai tujuan. Contohnya pada tahun 1849, Abraham Lincoln (ketika itu seorang peguam di Ilinois) telah mempatenkan satu sistem tangki pengimbang yang membolehkan kapal kargo melepasi beting-beting sungai di Amerika Utara.

Isu alam sekitar[sunting | sunting sumber]

Air pengimbang yang diambil dari satu perairan yang kemudiannya dibuang ke perairan lain telah menyebabkan penaklukan spesis hidupan air asing. Pengambilan air pengimbang ke dalam tangki pengimbang bertanggungjawab ke atas pemindahan spesis-spesis yang membawa kemudaratan kepada alam sekitar dan ekonomi. Contohnya, kupang zebra di Tasik-Tasik Besar di Amerika Syarikat dan Kanada.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]