Tanjong Pagar
|
|
|||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Jalan Tanjong Pagar | |||||||
| Nama Cina | |||||||
| Bahasa Cina: | 丹戎巴葛 | ||||||
|
|||||||
| Nama Melayu | |||||||
| Bahasa Melayu: | Tanjong Pagar | ||||||
| Nama Tamil | |||||||
| Bahasa Tamil: | தஞ்சோங் பகார | ||||||
Tanjong Pagar ialah daerah bersejarah yang terletak dalam lingkungan Central Business District di Singapura, mencelapak Kawasan Perancangan Outram dan Downtown Core di bawah zon-zon perancangan bandar Lembaga Pembangunan Semula Bandar.
Asal-usul [sunting]
Nama Tanjong Pagar mencerminkan asal-usulnya sebagai perkampungan nelayan yang terletak di bekas tanjung. Adalah diduga bahawa nama ini diilhamkan oleh kehadiran kelong sepanjang pesisiran pantai dari kampung Tanjong Malang hingga tempat yang kini bernama Tanjong Pagar. Mungkin juga nama ini diubah daripada nama asalnya Tanjong Passar, sebatang jalan yang terbentang dari Jalan South Bridge ke perkampungan nelayan itu dan terdapat dalam Map of the Town oleh George Drumgoole Coleman pada tahun 1836.
Satu lagi kisah menarik yang membawa kepada nama pantai ini adalah dari legenda. Menurut Sejarah Melayu, pada suatu masa dahulu, kampung-kampung di sepanjang pesisiran Singapura menghadapi serangan kawanan ikan todak. Atas nasihat seorang budak lelaki pintar bernama Hang Nadim, Sri Maharajah membina perintang yang terdiri daripada batang pisang sepanjang pesisiran, yang berjaya memerangkap ikan yang menyerang itu pada mancung. (Lihat juga: Singapura Dilanggar Todak)
Nama asal untuk Tanjong Pagar juga dikatakan adalah Salinter, sebuah kampung nelayan. Apabila Tanjong Pagar Dock Company (1864) diasaskan kerana berkembangnya kegiatan perkapalan pada 1850-an, maka dibinanya dermaga. Tanjong Pagar barangkalinya memaksudkan kedudukan Pintu 3 PSA berhampiran Limbungan Victoria. Di sekeliling Tanjong Pagar terdapat paya bakau yang diisi tanah dari Gunung Palmer dan bukit-bukit kecil berhampiran yang lain untuk penyambungan limbungan-limbungan hingga ke Telok Blangah.
Galeri [sunting]
-
Tangga berlingkar di belakang rumah kedai di Tanjong Pagar.
-
Bukit Duxton pernah menjadi tapak penanaman buah pala yang dimiliki Dr J.W. Montgomerie (1797-1856), seorang Pembantu Doktor Bedah dalam perkhidmatan Kerajaan.
-
Stesen Jinricksha ialah peringatan terakhir Singapura mengenai perkhidmatan beca yang popular pada suatu masa dahulu.
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Tanjong Pagar |
Pautan luar [sunting]
Aljunied | Ang Mo Kio | Bedok | Bishan | Boon Lay | Braddell | Bukit Batok | Bukit Gombak | Bukit Merah | Bukit Panjang | Bukit Timah | Buona Vista | Changi | Chinatown | Choa Chu Kang | Clementi | Dover | Dhoby Ghaut | Geylang | Ghim Moh | Holland Road | Holland Village | Hougang | Jalan Besar | Jalan Kayu | Jurong | Kallang | Katong | Kampong Glam | Kembangan | Kranji | Lim Chu Kang | Little India | Macpherson | Marina Bay | Marine Parade | Novena | Orchard Road | Outram | Pasir Panjang | Pasir Ris | Paya Lebar | Potong Pasir | Punggol | Queenstown | Raffles Place | Seletar | Sembawang | Sengkang | Serangoon | Serangoon Gardens | Siglap | Simei | Tampines | Tanjong Pagar | Telok Blangah | Thomson | Tiong Bahru | Toa Payoh | Tuas | Woodlands | Yew Tee | Yio Chu Kang | Yishun
Pulau: Pulau Jurong | Pulau Kusu | Pulau Brani | Pulau Hantu | Pulau Semakau | Pulau Tekong | Pulau Ubin | Pulau Sentosa | Pulau Saint John | Pulau Sisters