Tanjung Bidara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tanjung Bidara merupakan sebuah pantai yang terkenal di negeri Melaka, Malaysia dalam daerah Alor Gajah. Pantai Tanjung Bidara terletak bersebelahan dengan Kem Terendak, sebuah kem tentera. Pantai yang terletak 10 km dari bandar Masjid Tanah ini merupakan pantai perkelahan yang terkenal di negeri Melaka. Selain itu terdapat juga Pantai Padang Kemunting dan Pantai Pengkalan Balak yang berdekatan dengan Pantai Tanjung Bidara.

DUN Tanjung Bidara yang terletak dalam Parlimen Masjid Tanah, mempunyai penduduk seramai 13,002 orang dengan 94.4 peratus Melayu, Cina 4.5 peratus, India 1.3 peratus dan lain-lain 0.2 peratus pada 2008. DUN ini terdiri daripada 11 buah kampung tradisional dengan kebanyakan penduduk bekerja sebagai petani dan nelayan.

Pengunjung ke Pantai Padang Kemunting akan berpeluang melihat penyu karah, spesies yang hampir pupus. Pusat Penetasan Penyu Jabatan Perikanan di Padang Kemunting berperanan dalam menyelamat dan melindungi penyu karah ini. Pantai Pengkalan Balak pula merupakan kesinambungan dari Pantai Tanjung Bidara

Berdekatan pantai terdapat Kompleks Falak Al-Khawarizmi yang menempatkan Balai Cerap, Planetarium, Pusat Latihan Falak dan Balai Cerap Robotik.

Tempat menarik[sunting | sunting sumber]

Penginapan[sunting | sunting sumber]

  • Tanjung Bidara Beach Resort, Pantai Tanjung Bidara [1]
  • Kemunting Beach Resort, Jalan Padang Kemunting
  • D'Nelayan Beach Resort, Kampong Padang Kemunting
  • Ismah Beach Resort, Pantai Padang Kemunting
  • Angin Laut Chalet, Pengkalan Balak

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Tanjung Bidara terletak dalam Dewan Undangan Negeri N2 Tanjung Bidara.Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2004 , Datuk Ab. Karim Ab. Sulaiman dari parti BN/UMNO menang dengan majoriti 3,267 undi. Beliau sekali lagi menang pada 2008 dan mendapat 4,664 undi dengan majoriti 3,304. Pencabar beliau ,Imran Abdul Rahman (Pas)mendapat 1,360 undi. [2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]