Tanjung Gemuk, Port Dickson

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tanjung Gemuk adalah sebuah perkampungan nelayan tepi pantai berdekatan dengan Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia. Pantainya terletak disepanjang pesisir pantai daerah Port Dickson ditepi Selat Melaka.

Disana terdapat sebuah resort percutian, Glory Beach Resort, yang dibina kira-kira 5 tahun lalu di Tanjung Gemuk. Resort tersebut bukanlah merupakan resort mewah tetapi merupakan pusat penginapan yang bersifat ekonomikal dan berpatutan serta selesa untuk dijadikan tempat penginapan dan persinggahan. Resort tersebut juga telah berjaya menarik ramai pelancong dari dalam dan luar negara pada harga yang lebih murah selain fasiliti yang baik. Namun di Tanjung Gemuk, terdapat banyak lagi perkhidmatan chalet yang disediakan, salah satunya adalah Hotel Legend, dimana bukan sahaja menyediakan chalet air tetapi menyediakan bilik-bilik penginapan dengan fasiliti yang lengkap dan cukup serta bersifat sederhana. Terdapat juga beberapa kedai kopi dan kedai cenderahati di Tanjung Gemuk yang pastinya memukau pengunjung untuk kembali.

Penyu merupakan salah satu daya tarikan yang pasti memukau apabila pengunjung melawat ke Tanjung Gemuk. Lebih-lebih lagi ketika musim penyu bertelur. Para penduduk biasanya berpeluang untuk melihat penyu naik ke daratan, menanam telurnya dan kemudian kembali semula ke laut pada waktu tengah malam. Ini merupakan suatu fenomena baru di Tanjung Gemuk. Pengunjung dan penduduk tempatan adalah dilarang keras untuk mengganggu peyu dan telurnya pada setiap masa demi memastikan kehidupan unik ciptaan Allah ini tidak pupus untuk paparan generasi masa hadapan.

Selepas tahun 2004, yakni selepas tragedi Tsunami 2004 di lautan Hindi yang mengorbankan ratusan ribuan nyawa di sekitar pesisir lautan Hindi. Penduduk Tanjung Gemuk telah dikejutkan dengan Fenomena kedamparan ribuan Mentimun laut di sekitar pantai kampung mereka. Ini sekaligus telah meningkatkan hasil pendapat penduduk kampung dengan penjualan gamat bermutu tinggi.